Harian Metro

AKHIRNYA DAPAT JUA

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Kementeria­n Pendidikan selesaikan 11,606 kes guru duka lara

dari 2016 hingga kini

“Selepas lima kali memohon rayuan pertukaran, akhirnya impian saya untuk tinggal dekat dengan suami tercapai.

“Ia hadiah paling bermakna sempena tahun baru ini,” kata Ng Chew Ee.

Ng, 43, guru sebuah sekolah menengah dari Taiping, Perak yang permohonan pertukaran­nya ke Puchong, Selangor diluluskan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) bulan ini.

Ng berkata, dia berterima kasih kepada KPM kerana pertukaran itu membolehka­nnya menjalani kehidupan seperti isteri lain selepas lima tahun berjauhan dengan suaminya yang menetap di Puchong.

“Lima tahun itu banyak cabaran apabila kena berdikari tanpa suami di sisi. Sakit pening, semuanya hadapi sendirian.

“Dalam sebulan hanya berpeluang jumpa suami sekali saja, kadangkala saya balik ke Puchong dan ada masanya suami pula datang ke Taiping.

“Selain terpaksa keluarkan kos, saya juga kerap keletihan kerana hanya menggunaka­n cuti rehat pada hujung minggu untuk berulang ke Puchong sebelum pulang ke Taiping semula,” katanya.

Menurutnya, biarpun diuji pelbagai dugaan apabila berjauhan dengan orang tersayang, dia sentiasa berfikiran positif dan memikul amanah diberikan sebagai guru bahasa Cina dengan sebaiknya.

“Guru juga manusia biasa, ada perasaan dan ada masalah yang perlu dihadapi sama macam orang lain.

“Biar apapun, kita perlu profesiona­l jangan campur-adukkan hal peribadi dengan tugas selain perlu bijak kawal emosi.

“Memang saya akui sedih tinggal jauh dari suami, tetapi tak pernah saya abaikan tanggungja­wab terhadap pelajar,” katanya.

Sejak Januari 2016 hingga kini, KPM menyelesai­kan 11,606 kes guru duka lara yang berjaya disatukan kembali dengan pasangan masing-masing.

Sepanjang tempoh itu, KPM menerima 39,288 permohonan guru untuk bertukar tugas ke negeri pilihan masing-masing.

Sementara itu, guru Bahasa Inggeris M Vasudevan, 34, pula mengakui alami tekanan perasaan berjauhan dengan keluarga di Sungai Petani, Kedah ketika dia bertugas di Keningau, Sabah selama 10 tahun.

“Dalam keadaan tertentu, saya sukar membuat sebarang keputusan apatah lagi keluarga termasuk ibu bapa dan isteri tiada di depan mata untuk memberi sokongan.

“Saya juga menanggung kos ulang alik yang mahal anggaran RM10,000 setahun untuk lapan hingga 12 kali perjalanan pergi balik ke Semenanjun­g. “Biasanya saya akan bertemu keluarga setiap kali musim perayaan dan cuti sekolah, tetapi jika berlaku kecemasan tiada pilihan terpaksa juga balik dengan kadar tambang yang mahal kerana membeli tiket di saat akhir,” katanya.

Katanya, dia menarik nafas lega apabila permohonan kali kedua untuk menetap bersama keluarga diluluskan KPM kerana pemindahan itu akan memudahkan semua urusannya selepas ini.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana apa yang dihajatkan kami sekeluarga selama ini tercapai dan berterima kasih kepada KPM kerana memahami kebajikan kami.

“Sekolah tempat saya bertugas juga tidaklah jauh sangat dari rumah kami. Saya yakin ini semua akan memotivasi­kan saya supaya dapat berkhidmat dengan lebih dedikasi dan fokus kepada tugas diamanahka­n tanpa perlu memikirkan tekanan yang dialami seperti sebelum ini,” katanya.

 ?? M Vasudevan ?? VASUDEVAN (kiri) bersama-sama rakan setugas dan pelajar sewaktu menyertai aktiviti riadah. Saya juga menanggung kos ulang alik yang mahal anggaran RM10,000 setahun untuk lapan hingga 12 kali perjalanan pergi balik ke Semenanjun­g”
M Vasudevan VASUDEVAN (kiri) bersama-sama rakan setugas dan pelajar sewaktu menyertai aktiviti riadah. Saya juga menanggung kos ulang alik yang mahal anggaran RM10,000 setahun untuk lapan hingga 12 kali perjalanan pergi balik ke Semenanjun­g”
 ??  ?? VASUDEVAN antara guru yang membuat permohonan pertukaran­nya dari sekolah di Keningau, Sabah ke Sungai Petani, Kedah.
VASUDEVAN antara guru yang membuat permohonan pertukaran­nya dari sekolah di Keningau, Sabah ke Sungai Petani, Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia