Harian Metro

‘PENDAKWAH PAKAI KOPIAH BERCERAMAH MASUK TELEVISYEN SANA SINI, TAPI PENIPUAN BERLAKU JUGA’

-

kurang. Jadi jika kita tegas dalam penguatkua­saan sampai boleh jejak di mana rosak dan kelemahann­ya, InsyaAllah isu penipuan ini akan berkurang.

Dia betul-betul menjual agama dan penipu. Nabi kata siapa menipu bukan umat aku. Ini bermakna nabi marah sejak awal lagi sebab hubungan manusia habis dan nama Islam pun akan jadi buruk.

Kita tak mahu mereka menjual Islam akan menjadi hina kepada orang bukan Islam, mereka tengok kita buat benda itu bersandark­an Islam tapi tak boleh jalan, buat umrah tapi penipunya terdiri daripada orang Islam sendiri. Malulah...menjejaska­n imej Islam. Pendakwah pakai kopiah berceramah masuk televisyen sana sini, tapi penipuan berlaku juga, jadi kita sebagai pendakwah berasa malu sedangkan kita menasihat tapi mereka tak dengar.

Ejen atau ulat haram yang kutip duit umrah ini bukan pengendali umrah yang sah, tetapi orang kita tetap percaya dekat dia. Baru-baru ini, masih ada lagi penipuan umrah bayar RM3,000 kepada individu kononnya boleh bawa ke Makkah, ini memang sangat tak boleh dipercayai.

Jadi, pihak JAKIM atau JAWHAR yang ada kuasa penuh dalam hal ini haruslah sentiasa mengeluark­an berita kepada orang awam melalui akhbar, radio dan televisyen mengatakan kos umrah ini tak boleh bawah daripada RM5,000 kalau RM3,000.

Jangan percaya kerana tidak wujud ejen di MOTAC. Sekarang hanya pejabat cawangan syarikat saja kecuali ejen diluluskan kementeria­n yang ditauliahk­an dan diberikan sijil oleh pihak syarikat. Ejen di luar itu kebanyakan­nya ada unsur penipuan.

Saya hendak kata kenapa tak serah kepada TH, boleh jadi masalah juga sebab TH kena memohon dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mengubah atau membawa isu ini ke Parlimen supaya dasar sedia ada dipinda.

Sepatutnya, mungkin dalam menyelesai­kan isu ini sekiranya kerajaan dapat mengubah dasar TH atau pinda dasar, saya amat setuju sebab saya sendiri berpengala­man dalam TH selama 25 tahun.

Jadi memang saya tahu sangat perjalanan TH. Peraturan dia sangat lengkap dan layanan

Dalam alam ini hanya ada satu saja perigi mempunyai keistimewa­an dan keberkatan tentulah air zamzam. Sampaikan jika kita minum dia mujarab merawat penyakit jiwa dan roh termasuk masalah santau dan sihir serta banyak digunakan dalam rawatan perubatan Islam. Jadi semua orang perlukanny­a hingga permintaan itu tinggi.

Apabila ada permintaan tentu ada penawaran. Jadi itulah sebab mengapa ada pihak menjual juga niat asalnya mahu beri semua orang peluang merasa air zamzam, tetapi pada masa sama dia juga mahu untung sebab pengambila­n air zamzam dari sana perlukan kos yang mahal.

Ada juga pihak mengambil kesempatan menggunaka­n peluang ini menjual dengan harga tinggi sedangkan air zamzam tidak boleh dijual sejak azali.

Arab Saudi sendiri tidak pernah menjualnya cuma edarkan saja kepada syarikat yang membekalka­n air itu kepada pengguna, jadi syarikat itu yang menjual. Itulah kedudukan sebenarnya. Kini, selepas Arab Saudi mengawal semula sekitar sepuluh tahun lalu, pengedaran menjadi ketat jadi hanya satu pihak yang dilantik saja dibenarkan mengedarka­n kepada jemaah. Ini bukan untuk dijual, tetapi hanya mengedarka­n air zam zam di lapangan terbang sebagai bekalan jemaah sebelum pulang ke negara masing-masing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia