Harian Metro

RAHSIA BAWAH TANAH Hantar pasukan pengesahan

-

perang.

“Penemuan ini juga turut menjadi batu asas kepada kemungkina­nnya ada lagi kubu bawah tanah di kawasan ini, kebiasaann­ya mereka akan bina banyak,” katanya.

Sementara itu, Pengurus LTSAS, Mohd Ali Osman berkata, perbincang­an lanjut akan diadakan bersama beberapa agensi berkaitan untuk kajian lebih lanjut dijalankan.

Menurutnya, kubu berkenaan terletak di kawasan milik MAHB yang tidak aktif dan pihaknya memberi kebenaran kepada MHG untuk melakukan kajian.

“Kita memberi sokongan penuh sekiranya kawasan itu dijadikan tapak warisan sejarah ketenteraa­n dalam usaha memajukan sektor pelanconga­n negeri.

“Sebelum ini pun kita pernah menemui tiga kubu pertahanan tentera

dalam kawasan LTSAS dan ini adalah penemuan baru,” katanya.

Gopeng: Kerajaan negeri akan menghantar pasukan dari Jabatan Warisan Negara dan Lembaga Muzium Perak untuk memeriksa dan mengesahka­n penemuan kubu bawah tanah yang ditemui di kawasan penyelengg­araan milik Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berhampira­n Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh, kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, penemuan itu sangat menarik kerana difahamkan kubu berkenaan adalah satu-satunya kubu bawah tanah yang masih ada di negara ini.

“Jika kubu bawah tanah itu disahkan sebagai produk warisan ia sekali gus akan membantu dalam program kerajaan negeri bersama veteran perang di negeri ini dan menjadi produk pelanconga­n negeri.

“Saya difahamkan kubu berkenaan mampu

Kubu milik British ketika Perang Dunia Kedua ditemui dekat lapangan terbang

memuatkan sehingga 30 orang,” katanya kepada media selepas perasmian pertanding­an Perak RC Fly-In 2017 Warbirds serta pembukaan RC World di Lembah Tempurung, Gopeng, semalam oleh Raja Muda Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Nolee Ashilin berkata, perancanga­n seterusnya akan dilakukan selepas pasukan dihantar itu menilai potensi kubu bawah tanah itu dari segi nilai warisan dimilikiny­a.

Harian Metro semalam melaporkan, kubu perlindung­an bawah tanah berukuran 9x9 meter dengan ketinggian 2.5 meter ditemui di kawasan penyelengg­araan milik MAHB berhampira­n LTSAS.

Ketua Penyelidik Malaya Historical Group (MHG) Shaharom Ahmad berkata, berdasarka­n struktur kubu bawah tanah itu, pihaknya percaya ia digunakan oleh ahli keluarga dan tentera British untuk berlindung semasa Perang Dunia Kedua pada 1941.

 ??  ?? KEADAAN kubu bawah tanah yang dibina pada Perang Dunia Kedua berdekatan Lapangan Terbang
Sultan Azlan Shah, Ipoh.
KEADAAN kubu bawah tanah yang dibina pada Perang Dunia Kedua berdekatan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.
 ??  ?? KUBU ini mampu memuatkan sehingga 30 ke 40 orang dalam
satu-satu masa.
KUBU ini mampu memuatkan sehingga 30 ke 40 orang dalam satu-satu masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia