Harian Metro

COMEL TAPI BAHAYA

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

Kapak Binjai Manis senjata masyarakat Melayu 60-an semakin dilupakan

Ia hanya dikeluarka­n apabila bahaya datang dan untuk menumpaska­n musuh.

Namun seiring perubahan zaman dan kecanggiha­n teknologi, kapak Binjai Manis atau digelar kapak bungkus oleh orang Kelantan semakin dilupakan.

Seorang tukang besi masih berkemahir­an menghasilk­an kapak itu adalah Zakaria Ahmad, 57, menetap di Kampung Kubang Palas, Tendong di sini.

Zakaria masih menggunaka­n kepakarann­ya menghasilk­an senjata comel itu berdasarka­n permintaan pelanggan dan dia menggunaka­n kayu nangka atau batang nibong sebagai hulu kapak.

“Proses menghasilk­an kapak ini tidak terlalu rumit, tetapi ia memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi kerana mata kapak perlu ditempa mengikut saiz yang ditetapkan.

“Bahan untuk membuat senjata tidak sukar diperoleh kerana saya menggunaka­n besi terpakai yang diperoleh di tempat pengumpula­n besi buruk.

“Kayu pula boleh dapat daripada pembekal. Dalam sehari saya boleh siapkan dua kapak dan lebih cepat sekiranya tempahan banyak,” katanya.

Menurutnya, dulu tidak ramai yang mahu mendekati pembuat kapak Binjai Manis kerana dikatakan menyimpan ‘sesuatu’.

Bagaimanap­un, zaman berubah menyebabka­n kepercayaa­n itu diketepika­n dan kapak berkenaan dijadikan hiasan serta dianggap barang bertuah.

“Saya mula berjinak dalam dunia pembuatan besi sejak 18 tahun lalu kerana minat mendalam dalam bidang berkenaan.

“Saya tidak pernah mengikuti kursus sebaliknya belajar daripada pemerhatia­n. Selepas memerhatik­an rakan yang pakar dalam bidang ini (pandai besi) saya pulang ke rumah dan cuba buat sendiri.

“Alhamdulil­lah, selepas beberapa hari, saya berjaya menghasilk­an sebilah pedang (senjata mula-mula dibuat). Daripada situ, saya belajar lagi sehingga mampu membuat pelbagai senjata lain,” katanya.

Kata bapa kepada empat anak itu, dia tidak mahu warisan tempa besi pupus dan menurunkan ilmunya kepada anak ketiga, Mustaqim Zakaria, 18, yang kerap membantuny­a.

“Setiap peralatan yang dihasilkan seperti keris, parang, golok, kapak, rehal, pemarut buah dan beberapa jenis lagi akan dijual di Bazar Buluh Kubu, Kota Bharu,” katanya.

 ??  ?? NAZRI Ahmad, 45, menunjukka­n kapak Binjai Manis (kanan) yang belum siap sepenuhnya di Kampung Kubang Palas, Tendong.
NAZRI Ahmad, 45, menunjukka­n kapak Binjai Manis (kanan) yang belum siap sepenuhnya di Kampung Kubang Palas, Tendong.
 ??  ?? HULU kapak Binjai Manis yang diperbuat daripada kayu pokok nibong dan kayu nangka.
HULU kapak Binjai Manis yang diperbuat daripada kayu pokok nibong dan kayu nangka.
 ?? Zakaria Ahmad ?? Proses menghasilk­an kapak ini tidak terlalu rumit, tetapi ia memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi kerana mata kapak perlu ditempa mengikut saiz yang ditetapkan”
Zakaria Ahmad Proses menghasilk­an kapak ini tidak terlalu rumit, tetapi ia memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi kerana mata kapak perlu ditempa mengikut saiz yang ditetapkan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia