Harian Metro

RM15,000 JADI RM1 JUTA

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Pembantu katering jadi jutawan menerusi Cabutan SSP Istimewa November

Hanya bermodalka­n RM15,000, seorang pembantu katering bergelar jutawan segera apabila Sijil Simpanan Premium (SSP) miliknya memenangi Cabutan Istimewa bagi November.

Menerusi kempen Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu SSP 12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan, Hoo Mei Yoong, 43, dari Perak memenangi RM1 juta selepas membeli SSP sejak 14 tahun lalu dengan simpanan RM15,000.

Dia yang masih bujang berkata, sebaik dihubungi pihak bank memaklumka­n dia pemenang ke-11 dan menerima durian runtuh RM1 juta, dia agak sukar dan keberatan untuk percaya.

“Namun saya kemudian pergi ke BSN cawangan Ipoh, Perak dan dimaklumka­n nama saya memenangi Cabutan Istimewa bagi November,” katanya selepas pengumuman pemenang cabutan SSP bagi Disember di Wisma BSN di sini, semalam.

Turut hadir meraikan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Hoo berkata, walaupun sudah bergelar jutawan dia tidak akan berhenti kerja sebagai pembantu katering di Ipoh dan akan menjalani kehidupan seperti biasa.

Sementara itu, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Perak, S Vuvarajan, 56, dipilih sebagai pemenang Cabutan Bulanan dan membawa pulang kereta BMW 318i dengan simpanan di SSP RM5,000.

Menurutnya, dia tidak menyangka simpanan selama 20 tahun itu memberi pulangan besar buat dirinya yang dapat memandu kereta mewah.

Ketua Eksekutif BSN Datuk Yunos Abd Ghani berkata, bagi tahun depan, BSN akan meneruskan Kempen Cabutan Khas RM1 juta setiap bulan sepanjang tahun dan memperkena­lkan cabutan baharu sebagai penghargaa­n khas untuk penyimpan BSN SSP.

 ??  ?? HOO ketika Majlis Cabutan SSP di Wisma BSN, Jalan Ampang.
HOO ketika Majlis Cabutan SSP di Wisma BSN, Jalan Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia