Harian Metro

BOS GAURUS MAKIN PUPUS

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

Hanya tinggal tiga seladang selepas baka asal termasuk ibu mati enam bulan

Seladang atau Bos Gaurus memang sinonim dengan negeri Perak terutama pasukan bola sepaknya kerana kewujudann­ya yang banyak di hutan di negeri ini satu ketika dulu namun kini semakin diancam kepupusan.

Zoo Taiping di sini antara yang mempunyai spesies terlindung berkenaan dan turut berjaya membiaknya dalam kurungan.

Kaka, Benzema dan Maya itu nama tiga seladang yang terdapat di zoo berkenaan hasil pembiakan daripada induk awal iaitu pasangan Damak dan Melur.

Penjaga zoo G Anand, 47, berkata, kini hanya tinggal tiga seladang berkenaan selepas kematian baka asal termasuk ibunya yang mati kira-kira enam bulan lalu.

“Kaka sudah berusia 14 tahun, manakala Maya seladang betina berusia sembilan tahun dan Benzema lima tahun.

“Ibu seladang berkenaan Melur mati kira-kira enam bulan lalu pada usia 29 tahun dan bapanya Damak mati tiga tahun lalu ketika berusia 30 tahun,” katanya.

Anand yang sudah berkhidmat di Zoo Taiping selama 18 tahun berkata, pihak zoo sudah banyak membiakkan seladang sejak mendapat baka asal, namun induk itu sudah mati dan kita sedang dapatkan baka baru.

“Daripada baka asal kita sudah dapat banyak anak dan kita hantar ke zoo lain juga dan kini tinggal tiga anak baka asal itu di zoo ini.

“Bagaimanap­un kita belum ada yang dilepaskan ke habitat semula jadi lagi,” katanya.

Menceritak­an mengenai seladang di zoo terbabit, menurutnya setiap hari ia diberi makan daun mengkirai dan rumput napier selain dedak untuk memastikan tumbesaran dan tahap kesihatann­ya baik.

Katanya, seladang yang dikategori­kan daripada spe- sies lembu liar terbesar itu boleh mencecah berat melebihi 1,000 kilogram dan mempunyai jangka hayat hingga 25 tahun.

“Seladang adalah haiwan yang agak garang dan boleh menyerang dengan tanduknya jika ia berasa terancam.

“Ia juga agak sensitif dengan bau dan akan bertindak agresif jika menghidu bau yang tidak disenangin­ya, maka penjaga perlu sentiasa berhati-hati mengendali­kannya,” katanya.

 ?? G Anand ?? Daripada baka asal kita sudah dapat banyak anak dan kita hantar ke zoo lain juga dan kini tinggal tiga anak baka asal itu di zoo ini”
G Anand Daripada baka asal kita sudah dapat banyak anak dan kita hantar ke zoo lain juga dan kini tinggal tiga anak baka asal itu di zoo ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia