Harian Metro

Tingkat lebih banyak spesies tempatan

-

Taiping: Zoo Taiping sedang dalam proses meningkatk­an lagi haiwan tempatan terutama membabitka­n spesies yang terancam atau sudah pupus.

Pengarahny­a Dr Kevin Lazarus berkata, usaha itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentinga­n mengekalka­n dan memulihara haiwan yang juga khazanah negara.

Menurutnya, ramai rakyat Malaysia sendiri tidak tahu jenis haiwan yang ada dalam hutan negara dan keadaan itu membuatkan nasib haiwan terabai.

“Spesies haiwan tempatan perlu ditingkatk­an kerana kalau kita sendiri tidak tahu apa yang ada di dalam hutan kita, kenapa kita mahu selamatkan­nya dan tidak ambil peduli.

“Namun jika masyarakat mengetahui terdapat kewujudan banyak spesies yang memerlukan hutan sebagai habitat untuk terus hidup maka kesedaran kepentinga­n konservasi akan lebih meluas,” katanya.

Dr Kevin berkata, antara projek meningkatk­an spesies tempatan yang sudah, sedang dan akan dilakukan serigala Malaysia, kambing gurun dan merak hijau Malaysia.

“Zoo Taiping sedang kerjasama dengan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam usaha menyelamat­kan kambing gurun.

“Terdapat kambing gurun yang perlu diselamatk­an di satu kawasan di pinggir ibu negara di mana ia kemudian akan cuba dibiak dalam kurungan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, baru dapat selamatkan seekor kambing gurun betina yang ditangkap dua bulan lalu selepas cubaan menangkapn­ya sejak kira-kira dua tahun lalu apabila dapat maklumat spesies berkenaan terancam di kawasan berkenaan.

“Spesies ini bijak, banyak kali terlepas daripada perangkap yang dipasang dan kita percaya ada lagi seekor

atau dua lagi di kawasan itu,” katanya.

Dr Kevin berkata, pihaknya juga sudah kenal pasti satu spesies yang pada awal 2018 akan mula perbincang­an dengan PERHILITAN dan semua zoo yang berminat dalam pembiakan untuk tujuan pelepasan semula burung Merak Hijau yang sudah lama pupus di Malaysia.

“Kami sedang cuba dapatkan spesies yang sama dengan merak hijau yang ada di Malaysia dulu dimana spesies yang dipercayai sama adalah merak hijau Jawa, di Indonesia.

“Berdasarka­n maklumat ada pihak yang buat pembiakan di luar negara jadi kami sekarang sedang kenal pasti daripada pihak mana untuk dapatkan baka atau mungkin berurusan terus dengan kerajaan Indonesia,” katanya.

Menurutnya, bagi serigala Malaysia atau anjing hutan pula di Zoo Taiping sudah terdapat 14 semuanya termasuk empat yang baru lahir tahun ini.

 ??  ?? MERAK hijau antara spesies yang cuba dibiakkan.
MERAK hijau antara spesies yang cuba dibiakkan.
 ??  ?? PENGUNJUNG melihat anjing hutan yang dipelihara di Zoo Taiping.
PENGUNJUNG melihat anjing hutan yang dipelihara di Zoo Taiping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia