Harian Metro

Mak andam songlap RM15,000

-

Kuala Lumpur: Jenama atau syarikat yang popular tidak menjanjika­n perkhidmat­an atau produk yang disediakan mereka terbaik atau memenuhi kehendak pelanggan.

Perkara itu berlaku kepada sepasang pengantin baru yang mahu menjadikan majlis perkahwina­n sebagai kenangan terindah bertukar sebaliknya apabila ditipu pemilik sebuah butik pengantin yang secara tiba-tiba lesap pada hari bersejarah itu.

Mangsa yang hanya dikenali Zurinda, 25, berasal dari Seremban, Negeri Sembilan bersama pasanganny­a ditipu pemilik butik pengantin yang popular apabila berjanji menyediaka­n segala persiapan untuk majlis perkahwina­nnya merangkumi khemah, baju, makanan untuk kenduri dan pelamin pada harga yang berpatutan.

Dia mengetahui mengenai butik pengantin milik seorang wanita berusia 27 tahun itu apabila sering melihat dalam media sosial selain turut dicadangka­n oleh beberapa rakan.

“Saya sememangny­a mahu menggunaka­n perkhidmat­an butik pengantin itu yang beroperasi di ibu kota berikutan ia popular dan sering menaja pakaian untuk artis tempatan.

“Harga pakej yang ditawarkan juga berpatutan selain menjanjika­n akan membuat baju baru untuk saya di majlis penting nanti,” katanya.

Dia membayar wang pendahulua­n RM15,000 untuk pakej bernilai kirakira RM20,000 dengan harapan segalanya berjalan lancar tanpa memikirkan masalah yang bakal timbul nanti.

“Harga yang ditawarkan memang murah, bayangkan kami mendapat lima persalinan baju pengantin, makanan untuk 1,000 tetamu, pelamin dan khemah, malah pelbagai lagi ditawarkan pemiliknya.

“Selain itu, pemilik butik itu menunjukka­n majlis perkahwina­n yang diuruskan termasuk membabitka­n orang kenamaan menyebabka­n kami percaya dan yakin kemampuann­ya,” katanya.

Namun, masalah mula timbul apabila pemilik butik berkenaan berdiam diri dan tidak menghubung­inya walaupun tarikh perkahwina­n tinggal dua bulan saja, malah tiada langsung perbincang­an dilakukan untuk persiapan hari bahagia itu.

“Saya bimbang kerana tidak melakukan apaapa persiapan dan baju pengantin juga belum dipilih serta apabila menghubung­i pemilik butik itu, pelbagai alasan diberikan iaitu sibuk selain berjanji mahu menyelesai­kan semuanya, namun semua itu hanyalah harapan palsu,” katanya.

Masalah itu berlanjuta­n hingga tinggal seminggu saja majlis perkahwina­n Zurinda apabila pemilik butik itu mengaku tidak dapat menyedia segala kelengkapa­n termasuk makanan untuk majlis nanti kerana kekurangan bajet dan mempunyai tempahan lain untuk diselesaik­an.

“Bayangkan hanya tinggal seminggu saja, pemilik butik berkenaan menjelaska­n tidak dapat menyediaka­n pakej perkahwina­n itu kerana masalah tertentu menyebabka­n saya bersama isteri serabut memikirkan alternatif lain untuk hari bahagia kami.

“Semua butik pengantin lain enggan menerima tempahan saat akhir menyebabka­n kami terpaksa menyediaka­n sendiri secara ala kadar, malah makanan pula kena tempah pada syarikat katering lain, namun juadahnya terhad,” katanya.

Menurutnya, dia berasa teraniaya dan menyesal berikutan mahu perkhidmat­an yang murah daripada butik popular akhirnya diri merana ditipu pemilik tidak bertanggun­gjawab itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia