Harian Metro

ISA DALAMI DUNIA KAYU

-

pejabat memakai kemeja, bertali leher dan kot, duduk dalam pejabat berhawa dingin dan hanya berbual mengenai kewangan.

“Saya pernah bekerja sebagai Penolong Penguasa Bomba di Kelantan, Pengurus Projek di Lapangan Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan syarikat minyak dan gas.

“Saya juga pernah mencapai sasaran jualan satu juta dalam tempoh setahun,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

†Menurut Isa, ketika dia sudah mencapai segala sasaran dalam hidup, dia masih belum merasai kepuasan sebenar dan berhenti kerja untuk meneroka pekerjaan yang dirasakan sebati dengan dirinya.

Ketika dia menyatakan hasrat mahu membuka perniagaan berasaskan kayu, ramai kenalan dan keluarga terkejut malah ada yang membantah.

“Isteri saya antara orang pertama yang tidak setuju dengan cadangan membuka perniagaan ini. Begitu juga ada rakan yang tidak yakin dan memandang rendah citacita saya.

“Tetapi saya ketepikan segala aura negatif dan tekad dengan keputusan. Bagi saya jika ada minat tiada apa yang mustahil walaupun ketika itu masih ‘zero’ mengenai ilmu perkayuan,” katanya.

Memulakan langkah dalam perniagaan kayu,

Isa seterusnya mempelajar­i ilmu perkayuan daripada seorang mentor dipanggil Cikgu Cepoi dari Behrang.

Cikgu Cepoi bertanggun­gjawab mengajar Isa mengenai jenis kayu, asal usul, nilai dan sebagainya.

Di sana, Isa belajar mengenal dan mendalami dunia kayu selama tiga bulan.

“Sebenarnya tempoh tiga bulan tidak mencukupi untuk saya belajar mengenai jenis kayu. Tetapi alhamdulil­lah, mungkin disebabkan minat saya dapat pelajari dengan mudah.

“Bayangkanl­ah saya

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia