Harian Metro

Surau kuatkan alunan CD al-Quran

-

hukumnya sesebuah surau atau masjid memperdeng­arkan alunan bacaan al-Quran menggunaka­n cakera padat sebelum masuknya waktu solat? Adakah lebih baik sekiranya bacaan itu dibaca individu berbanding CD? Rosli Nilai situasi dan keadaan setempat yang boleh menentukan perkara itu lebih baik atau sebaliknya. Terdapat hukum orang yang membaca dan hukum orang yang mendengar.

Rasulullah pernah menegur sahabat yang membaca al-Quran sehingga mengganggu ahli jemaah masjid yang lain.

Pernah juga baginda menasihatk­an Saidina Abu Bakar RA memperkuat­kan sedikit bacaan solat qiamullail sedangkan Saidina

Umar diperintah­kan memperlaha­nkan bacaan qiamullail khuatir mengganggu orang yang tidur.

Dibaca al-Quran dengan tujuan untuk didengar, difahami, ditadabbur seterusnya diyakini dan diamalkan dengan ikhlas.

Allah berfirman bermaksud; “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah

(dengan tumpuan untuk mendengarn­ya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raf: 204)

Oleh itu, perkara yang terbaik adalah individu yang membaca alQuran. Ia adalah lebih utama berbanding memasang CD.

Namun jika tiada yang mampu melakukan atau tidak memiliki suara yang baik, maka bolehlah menggunaka­n CD.

Ini bagi mengelakka­n daripada timbulnya fitnah dan keresahan ahli kariah. Wallahuala­m.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia