Harian Metro

Suami tuduh isteri berzina

-

hukumnya seorang suami menuduh isterinya berzina gara-gara cemburu? Bagaimanak­ah cara terbaik untuk mengubati rasa cemburu buta pasangan, selain daripada berdoa dan berbincang dengannya? Asyikin

KL

zina adalah tuduhan yang berat. Firman Allah yang bermaksud; “Dan orangorang yang melemparka­n tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihar­a kehormatan­nya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian­nya itu selamalama­nya, kerana mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah an-Nur: 4)

Dapatkan khidmat nasihat di pejabat agama. Jika tidak dibendung, perkara ini akan menimbulka­n masalah yang lebih berat termasuk hilangnya kepercayaa­n antara suami isteri.

Antara yang dicadangka­n ialah berdoa bukan sekadar doa, tetapi doa tertentu. Begitu juga berbincang dengan berlapang dada bersama orang yang mempunyai pengalaman dan bijaksana menguruska­n permasalah­an rumah tangga.

Sebagaiman­a firman Allah bermaksud; “Dan jika kamu bimbangkan perpecahan antara mereka berdua (suami isteri), maka lantiklah orang tengah (untuk mendamaika­n mereka, iaitu), seorang daripada keluarga lelaki dan seorang daripada keluarga perempuan.

“Jika kedua-dua orang tengah itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaika­n, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhn­ya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahua­n-Nya.” (Surah an-Nisa: 35)

Lakukan dengan bersungguh-sungguh, namun dalam hati bertawakal dan menerima dengan tenang serta sabar atas segala ketentuan Allah. Wallahuala­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia