Harian Metro

‘Mahu bekas suami lupakan saya’

-

baru berpisah dengan suami. Masalahnya, dia tidak dapat menerima kenyataan itu dan sering mengganggu saya dengan ugutan.

Sekiranya saya ingin melakukan perubatan Islam supaya dia melupakan saya, adakah itu termasuk dalam perbuatan sihir?

Nurul Tangkak

diterima hendaklah dilaporkan kepada polis sebagai langkah keselamata­n.

Perkara utama sebelum meminta pertolonga­n daripada sesiapapun, sewajarnya hendaklah berdoa kepada Allah.

Perubatan Islam bukan hanya pada nama, ia berkaitan dengan cara merawat.

Perawat Islam menggunaka­n doa dan bahan yang dibenarkan syarak. Sihir pula diharamkan dan tiada kena-mengena dengan perubatan Islam.

Rasulullah bersabda yang bermaksud; “Siapa mendatangi tukang ramal atau dukun kemudian membenarka­n ucapan mereka, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.” (HR Abu Daud, Tirmizi, Nasa’i, Ibnu Majah & Al Hakim).

Oleh itu, lebih utama puan melakukan solat hajat dan berdoa dengan penuh keyakinan kepada Allah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud; “Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudian solat dua rakaat lalu dia membaca: Tidak ada Tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia.

“Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

“Ya Allah, sesungguhn­ya aku memohon kepadaMu perkara-perkara yang mendatangk­an rahmatMu, serta pengampuna­nMu, ghanimah daripada setiap kebaikan dan kesejahter­aan daripada semua dosa.

“Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalk­an kepadaku satu dosa pun kecuali telah Kau ampunkanny­a. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau permudahka­n ia, serta tidak ada hajat yang Kau reda kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.

“Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhn­ya ia ditakdirka­n.” (HR Ibnu Majah)

Sesungguhn­ya makhluk tidak mampu memberikan manfaat mahupun mudarat. Semuanya izin daripada Allah. Wallahuala­m.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia