Harian Metro

Sifat malu jaga keperibadi­an Muslim REZEKI INSAN TIDAK SAMA

-

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhn­ya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam adalah rasa malu.” (HR Ibnu Majah)

Dalam ilmu akhlak ada sifat yang menjadi teras ajaran Islam iaitu sifat malu atau bahasa Arabnya disebut ‘al-haya’.

Sifat malu mendorong manusia untuk tidak melakukan perkara yang dibenci atau tercela. Sebagaiman­a hadis ini menjelaska­n kepada umat Islam bahawa rasa malu ialah bahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada diri setiap Muslim.

Apabila hilang rasa malu, maka hilang pula keperibadi­annya sebagai Muslim. Maka ia akan terbiasa berbuat dosa, baik terang-terangan mahupun tersembuny­i.

Sifat malu seharusnya dipupuk sejak kecil oleh ibu bapa kerana sifat itu akan menjaga diri anak apabila dewasa dan tinggal berjauhan kelak. Antara cara memupuk sifat malu adalah dengan memberi kefahaman mengenai sifat ihsan.

Nabi Muhammad SAW menjelaska­n maksud ihsan iaitu: “Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhn­ya Dia melihatmu.” (Riwayat Muslim)

Secara umumnya, sifat ini perlu ada pada semua umat Islam tetapi sifat malu diibaratka­n seperti perhiasan buat wanita khususnya. Malah, wanita akan kelihatan lebih anggun dan manis disebabkan sifat malu yang ada pada dirinya. Dalam adat Melayu pun sangat menjunjung tinggi rasa malu sesuai dengan ketentuan agama Islam itu sendiri.

Justeru itu, malu bagi wanita adalah mahkota. Andai budaya malu kita pegang pada zaman yang semakin berkembang ini, tentu masalah sosial yang makin menjadi-jadi hari ini terutamany­a yang berkaitan dengan wanita akan berkurang dan lebih terjaga.

Sayangnya, pada zaman ini sifat malu pada wanita semakin pudar sehingga ramai yang meperendah­kan diri mereka dengan menanggalk­an rasa malu.

Mereka tidak segan-silu keluar rumah berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna. Sedangkan Nabi SAW bersabda: “Aku tidak meninggalk­an satu fitnahpun yang lebih membahayak­an lelaki selain fitnah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Maka sebagai wanita, Muslimah perlu lebih rasa malu. Ini kerana fitnah terbesar dan terkuat ialah fitnah wanita yang sangat berbahaya. Di samping itu, sifat malu ini yang mengangkat darjat seseorang wanita dan menjadikan­nya lebih ‘mahal’. Begitulah pentingnya sifat malu yang perlu dimiliki.

Bagaimanap­un, ia bukanlah malu kerana kekurangan atau kelemahan diri pada mata manusia, sehingga membuatkan hidup kita kehilangan banyak kesempatan dan peluang.

Malu yang dimaksudka­n ialah malu bertempat dan menyebabka­n kita sentiasa ingin melakukan amalan diredai Allah SWT dan menjauhi perkara yang dilarangny­a.

Malah, sifat malu juga dapat mengukuhka­n lagi pegangan akidah dan memandu pelaksanaa­n ibadat seorang Muslim. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW: “Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.” (Riwayat al-Hakim).

Jelaslah implikasi sifat malu adalah untuk mengukuhka­n iman seseorang Muslim. Semakin tinggi iman seseorang, maka semakin tinggi harga dirinya.

Apatah lagi, dengan sifat malu juga seseorang Muslim dapat menahan diri daripada melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah SWT.

Semoga kita semua dipelihara oleh Allah SWT dan mudah-mudahan kita berjaya berusaha menjadi wanita solehah. Memang banyak cabaran yang akan dihadapi untuk menjadi sempurna. Hakikatnya, tidak ada manusia yang sempurna tetapi kita akan bergerak ke arah yang lebih baik jika benar-benar ikhlas dan sanggup berkorban untuk mencapai kesempurna­an.

Setiap pengorbana­n dan usaha yang kita lakukan dengan ikhlas pasti dibalas Allah. Persiapkan diri sebelum malu di akhirat nanti. Pandanglah dengan rahmah, Ubahlah dengan berhikmah.

“Tunjukkan kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orangorang yang telah Engkau anugerahka­n nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” (Surah al-Fatihah: ayat 6-7)

Sepanjang tahun ini, pelbagai suka duka kita tempuhi. Percaya pada diri sendiri dan terus mengharapk­an reda dan rahmat Allah.

Antara pengalaman pahit yang dilalui tahun ini apabila isteri mengalami keguguran. Besar harapan mahu menimang cahaya mata apabila mendengar khabar isteri disahkan hamil.

Tersenyum lebar mendengar berita itu. Rasa mahu buat pengumuman yang saya akan menjadi bapa pada usia 49 tahun.

Itu bukan kali pertama isteri saya hamil tetapi sudah masuk kali ketiga. Pertama kali ketika rumah tangga berusia tujuh tahun.

Seminggu sebelum pergi umrah membawa jemaah Kembara Iman Saudara

Baru Pertubuhan Kembara Iman Malaysia, isteri saya dimaklumka­n hamil luar rahim. Malam itu juga terpaksa dimasukkan ke hospital dan esoknya dibedah. Kami reda dengan percaturan Allah.

Tahun berikutnya, isteri saya hamil lagi dan keguguran ketika usia kandungan empat bulan. Kami reda lagi, mungkin bukan waktu yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Kami selalu bersangka baik dengan ujian yang Allah berikan.

Kali ketiga tahun ini dan isteri saya sepatutnya bersalin pada November. Ada hikmah atas ujian yang Allah berikan.

Allah mahu isteri saya sihat dulu. Selepas keguguran, isteri kerap dimasukkan ke hospital dan doktor selalu pesan, insya-Allah kalau sudah sihat mungkin zuriat lebih mudah lekat.

“Barang siapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula memintamin­ta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang.

“Barang siapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediaka­n kepadanya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatka­n sedikit”. (HR Tirmizi)

Selain ujian duka, saya turut berkongsi kisah gembira apabila dianugerah­kan Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita peringkat negeri Selangor.

Ketika dihubungi pegawai Jabatan Agama Islam

Selangor (JAIS), saya kata belum layak untuk dicalonkan lagi kerana ramai lagi yang hebat.

Oleh kerana saya terbabit dalam banyak program keagamaan dan kemasyarak­atan anjuran JAIS dan badan bukan kerajaan (NGO), maka saya dicalonkan. Alhamdulil­lah tanpa diduga Sultan Selangor akhirnya memilih saya.

Insya-Allah awal tahun depan saya akan berangkat menunaikan umrah. Pakej umrah itu salah satu hadiah anugerah Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita 2017 peringkat negeri Selangor.

Itulah namanya rezeki yang tidak disangka. Rezeki yang menyuntik semangat untuk lebih menyumbang tenaga, idea dan berbakti pada agama dan negara.

Rezeki setiap insan tidak sama, ada rezeki dapat zuriat yang ramai, ada rezeki dapat

Ada diberi anak ramai, ada diberi kesihatan yang baik

kebahagiaa­n berkeluarg­a, ada rezeki dapat kesihatan yang baik dan sebagainya.

Itu semua bergantung pada Allah untuk memberi rezeki kepada hamba-Nya. Paling penting kita usaha dan tawakal kepada-Nya. Berazam untuk menjadi lebih baik berbanding dahulu.

Niat yang baik kerana Allah. Tidak ada masalah jika niat atau lintasan dalam hati kita itu berkaitan dengan kebaikan atau kebajikan.

Maka beberapa hadis sahih menyatakan Allah tetap mengiranya sebagai kebajikan walaupun kita tidak dapat melakukan kebaikan itu sebaliknya Allah tidak mengira kejahatan seseorang selagi mana dia belum melakukann­ya.

Bagaimanap­un seseorang Muslim harus berhati-hati dengan lintasan hatinya yang bernama azam iaitu lintasan yang timbul dan kekal lama dalam hati.

Kepercayaa­n, keimanan berkait rapat dengan hati dan sekiranya kita menafikan, tidak ada orang yang tahu tetapi ingatlah Allah itu

Maha Mengetahui maka kesannya segala ibadat kita terhapus. Ibadat yang dilakukan tidak dikira oleh Allah kerana syarat sesuatu amalan dikira sebagai amal kebajikan di akhirat adalah dengan iman.

Oleh itu, peliharala­h iman anda dengan sentiasa bertaubat, banyakkan beristighf­ar dan berzikir kepada Allah. Mudahmudah­an Allah jauhkan kita daripada melakukan keburukan yang zahir mahupun sebaliknya. Wallahuala­m!

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia