Harian Metro

ISTERI KEKASIH BERSIKAP TERBUKA

-

mengenainy­a dan dia tidak kesah asalkan saya boleh menjaga anaknya serta dia dapat pergi bercuti dengan temannya. Saya tidak sangka pemikiran isterinya terlalu terbuka. Adakah tindakan saya menjalin hubungan dilihat sebagai pengacau rumah tangga mereka?

GIA Kuala Lumpur

Dalam situasi saudari ini, peranan saudari selaku teman wanita kepada lelaki sudah berkahwin dan mempunyai anak berbeza dengan situasi wanita menjadi orang ketiga dalam perkahwina­n lain.

Saudari bersikap seolah-olah mempermuda­hkan urusan seharian si isteri teman lelaki sedangkan andai ia berlaku pada wanita lain, ia boleh menjadi perkara yang sangat merumitkan. Dalam isu ini, terlalu awal untuk jatuhkan hukuman terhadap saudari selaku pengacau kerana rumah tangga teman lelaki tidak terkesan.

Namun tidak bermaksud ia juga baik untuk saudari kerana cabaran menjadi wanita kedua dalam hidup lelaki juga berbeza berbanding isteri biasa. Tambahan pula saudari belum mempunyai hubungan sah, Dang Setia khuatir kelak buruknya terpalit pada nama saudari.

Dalam hal ini penting untuk saudari dapatkan pandangan dan restu keluarga sendiri. Perkenalka­n teman lelaki kepada keluarga dan dapatkan reaksi mereka sebelum ingin ‘lajak’ lebih jauh dalam hubungan terbabit.

Andai teman lelaki menolak, Dang Setia bimbang dia bukan calon pasangan yang diharapkan untuk melindungi mahupun menjaga saudari. Apatah lagi dia sudah mempunyai komitmen lain iaitu anak-anak dan isteri yang perlu dijaga.

Pastikan dulu jaminan masa depan dan manfaat yang saudari peroleh daripada hubungan terbabit. Jangan hanya bersandark­an pada rasa cinta semata-mata menilai detik bahagian kemudian hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia