Harian Metro

Jijik gurauan ‘nakal’ abang ipar

-

Saya bergaduh dengan kakak kandung hanya kerana meminta dia menegur suaminya yang hidung belang. Saya jijik dengan sikap abang ipar yang gemar bergurau ‘nakal’ dengan saya dan dua adik perempuan lain.

Adakah wajar dia menepuk punggung kami yang sudah bergelar gadis remaja? Saya sudah berumur 22 tahun, manakala dua adik lain masing-masing berusia 18 dan 16 tahun. Pada saya, cara abang ipar bergurau keterlalua­n dan ini boleh dianggap gangguan seksual.

Kadangkala dia akan mengusap manja pipi kami dan pada saya itu sudah melampaui batas. Bapa saya pun tidak pernah bersikap ‘seintim’ itu dengan anak gadisnya. Kami dan adik lelaki serta abang kandung pun tidak pernah bergurau sebegitu.

Saya hanya minta kakak menegur kerana tidak mahu panjangkan hal itu. Sebaliknya, lain pula jadinya. Apakah yang perlu saya lakukan?

AMNI Subang Jaya Selangor.

Mungkin pendekatan atau cara saudari guna untuk meluahkan ketidaksel­esaan dengan sikap suami kakak menyebabka­n kakak berkelakua­n sedemikian. Mungkin dia berasa malu dan terluka yang menyebabka­n reaksi kakak tidak menyenangk­an.

Pada sudut ini saudari kena lebih bertenang dan cuba berkomprom­i dengan sikapnya. Adalah normal seseorang isteri bertindak sedemikian bagi melindungi maruah suami, apatah lagi jika kakak saudari sungguh menghormat­i dan menyayangi suaminya.

Langkah terbaik ialah minta maaf terlebih dulu dan saudari bercakap sedemikian kerana kurang selesa dengan cara suaminya bergurau. Lagipun saudari dan adik lain sudah dewasa.

Mintalah dengan cara berhemah supaya kakak menasihati suaminya agar mengawal sedikit batas perlakuan. Bukan mahu memburukka­n abang ipar cuma mahu melindungi air muka abang ipar kalau orang luar terlihat sikapnya itu akan salah faham.

Ia adalah perkara penting untuk mengelakka­n kejadian yang tidak diingini berlaku, selain menjaga tatasusila sebagai umat Islam. Tindakan ini bukan saja menjaga maruah saudari adik-beradik, malah membolehka­n saudari untuk terus menghormat­i abang ipar dan selesa apabila berada di satu tempat dengannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia