Harian Metro

COZY CORNER & GOLDEN LIGHT

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Perobohan Ampang Park tinggal kesan dalam hati pengunjung

“Dulu, inilah tempat kami suka berkumpul selain Plaza Yow Chuan (kini The Intermark) selepas waktu sekolah.

“Masa plaza itu tiada, kami tak ambil kisah pun tapi bila Ampang Park hendak dirobohkan rasa lain sikit, ada nilai sentimenta­l sebab banyak sangat memori suka duka terpahat di sini,” kata Mohd Nazmi Hosnih, 48, mengimbau kembali nostalgia Ampang Park pada era 80-an.

Menurut Mohd Nazmi, perobohan Ampang Park meninggalk­an kesan mendalam di hatinya kerana bukan saja menyimpan banyak kenangan bersama rakan sekolah, malah kompleks berkenaan turut meninggalk­an nostalgia terindah keluargany­a terutama ketika arwah ibunya masih hidup.

“Dulu waktu saya kecil-kecil, dua bulan sekali pasti ayah dan arwah emak bawa sini naik teksi. Selain suka membeli-belah di sini, kami juga kerap meraikan majlis hari jadi keluarga di Restoran Cozy Corner.

“Saya masih ingat kalau hendak dapatkan lagu kegemaran, saya dan kawan berkongsi duit untuk mendapatka­n salinan lagu yang dimasukkan dalam kaset di Kedai Muzik Golden Light. Satu kaset memuatkan 20 lagu dengan harga antara RM15 hingga RM20,” katanya.

Mohd Nazmi ditemui bersama sekumpulan rakan lama yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampang sesi 1982 hingga 1986. Mereka mengambil peluang berkumpul di Ampang Park buat kali terakhir sebelum dirobohkan hari ini.

Rakannya, Ismail Dahlan, 48, pula berkata Ampang Park diibaratka­n rumah kedua buat mereka yang kebanyakan­nya menetap berdekatan.

“Kebanyakan kami tinggal di sekitar sini seperti di Lorong Binjai (kini KLCC) dan Kampung Datuk Keramat. Jadi ini saja tempat kami selalu senang berjumpa dan beli barang sekolah sampaikan raya pun kami berkumpul sini.

“Banyak perubahan di sini, dulu ada panggung wayang 80 sen sekali masuk dengan menawarkan macam-macam cerita seperti Indonesia, Hindi dan Melayu.

“Seingat saya, era 80-an dulu pun ramai artis suka datang sini untuk ke kedai dandanan popular iaitu Razis Hair Saloon,” katanya.

Babul Akhirul Amin, 48, berkata mereka suka melepak di tingkat empat kerana mempunyai laman ria keluarga yang menyediaka­n pelbagai tarikan dan permainan tanpa had umur.

“Antara permainan popular pada waktu itu ialah kereta api mini, belon gergasi yang kita boleh masuk dalamnya, kereta langgar elektrik, pinball, game Kung Fu Fighter dan Pac-Man.

“Tingkat bawah pula ada satu kedai yang jual air botol beruang. Kalau siapa mampu beli kira hebatlah tapi biasanya kami beli satu dan kongsi ramai-ramai,” katanya.

Selain membeli-belah saat akhir, mereka mengambil peluang merakam gambar kenangan selain ada antara kumpulan pengunjung turut menganjurk­an larian khas Ampang Park Farewell Run sejak awal pagi lagi sempena penutupan kompleks itu.

 ??  ?? ‘REMAJA’ era kegemilang­an Ampang Park mengabadik­an memori menerusi petikan gambar.
‘REMAJA’ era kegemilang­an Ampang Park mengabadik­an memori menerusi petikan gambar.
 ??  ?? KUMPULAN pengunjung menganjurk­an larian khas Ampang Park Farewell Run sempena penutupan kompleks berkenaan.
KUMPULAN pengunjung menganjurk­an larian khas Ampang Park Farewell Run sempena penutupan kompleks berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia