Harian Metro

CITA-CITA NUR AMIRKA

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Dilahirkan tidak sempurna seperti rakan sebaya lain bukan alasan anak bongsu daripada enam beradik untuk merendah diri dan melupakan cita-citanya untuk bergelar doktor.

Nur Amirka Wahida Azhar, 11, yang mengalami kecacatan bermula paras pinggang hingga kaki sejak lahir terpaksa menggunaka­n kerusi roda untuk bergerak.

Dia yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada sesi persekolah­an tahun depan antara 200 murid berusia tujuh hingga 12 tahun dari lima sekolah di kawasan Kuala Nerus yang menerima bantuan kelengkapa­n persekolah­an.

Majlis penyampaia­n bantuan persekolah­an sempena program Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2018 itu disempurna­kan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Nur Amirka Wahida berkata, dia tidak sabar memulakan sesi persekolah­an menggunaka­n bantuan persekolah­an itu.

“Walaupun tidak normal seperti rakan yang lain, saya tidak pernah tersisih dan sebab itu saya bersemanga­t untuk ke sekolah.

“Tahun depan, saya akan menduduki UPSR dan saya mahu belajar bersungguh-sungguh

Murid berkerusi berhasrat bergelar doktor

agar cita-cita menjadi doktor tercapai kerana saya mahu membantu orang lain.

“Mengenai sumbangan hari ini, saya seronok sebab terpilih kerana ia dapat meringanka­n beban ayah,” katanya ketika ditemui di program TNB 2018 di Dataran Permata Seberang Takir, semalam.

Bagi Azhar Abu, 54, dia bersyukur kerana sekali lagi terpilih sebagai penerima bantuan yang sememangny­a dinantikan bagi golongan kurang berkemampu­an sepertinya.

“Selain tidak mempunyai pendapatan tetap, saya tidak boleh membuat kerja berat kerana pernah patah tulang belakang akibat kemalangan enam tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar (Perkhidmat­an Pelanggan) Terengganu Bahagian Pembahagia­n TNB Ahmad Rashidi Ab Hamid@Azis berkata, seramai 600 murid membabitka­n 35 buah sekolah di Dungun, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus menerima bantuan berkenaan pada tahun ini.

 ??  ?? NUR Amirka Wahida bersama ahli keluargany­a selepas menerima bantuan kelen gkap an persekolah­an, semalam.
NUR Amirka Wahida bersama ahli keluargany­a selepas menerima bantuan kelen gkap an persekolah­an, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia