Harian Metro

KONTENA ‘SAPU’ EMPAT KENDERAAN

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

Tidak dikunci dengan betul punca dua kontena

tergelinci­r masuk ke laluan bertentang­an

Tidak dikunci kemas dipercayai menjadi punca dua kontena berisi simen yang dibawa sebuah treler terjatuh menyebabka­n lima kenderaan terbabit dalam kemalangan di Selekoh Hakim, Jalan Pelabuhan Barat, pagi semalam.

Kejadian pada jam 10.35 pagi itu menyebabka­n tiga pemandu cedera dan kenderaan yang terbabit adalah sebuah treler, dua lori dan dua kereta, masing-masing jenis Proton Iriz dan Waja.

Kejadian itu turut menyebabka­n kedua-dua jalan di Jalan Pelabuhan Barat tidak boleh dilalui dan kesesakan berlaku sepanjang enam kilometer.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan mendapati dua kontena yang dibawa sebuah treler tergelinci­r sebelum terjatuh dan masuk ke laluan bertentang­an menyebabka­n perlanggar­an empat kenderaan lain.

Beliau berkata, dua kontena yang berisi simen itu dibawa tanpa dikunci pada badan treler menyebabka­nnya terjatuh.

Menurutnya, kontena pertama yang penuh berisi simen terjatuh dan terbalik ke kiri bahu jalan bertentang­an selepas dilanggar sebuah lori, manakala Proton Iriz yang dipandu lelaki berusia 30 tahun melanggar kontena kedua yang terjatuh itu.

“Kereta

itu kemudian dilanggar dari belakang oleh sebuah lori gas diikuti Proton Waja melanggar belakang lori gas berkenaan.

“Kejadian ini menyebabka­n pemandu kontena cedera tangan kanan, pemandu lori yang melanggar kontena pertama patah tulang hidung serta pemandu Proton Iriz cedera tangan kanan dan kepala,” katanya, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Kejadian itu menyebabka­n sebuah lori terbalik, dua kereta remuk dan lokasi dipenuhi dengan tumpahan simen.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1), Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ??
 ??  ?? LIMA kenderaan termasuk tiga kenderaan berat terbabit kemalangan di Selekoh Hakim, Jalan Pelabuhan Darat, Pelabuhan Klang menyebabka­n tiga pemandu cedera.
LIMA kenderaan termasuk tiga kenderaan berat terbabit kemalangan di Selekoh Hakim, Jalan Pelabuhan Darat, Pelabuhan Klang menyebabka­n tiga pemandu cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia