Harian Metro

Bawa balik untuk siasat CAMERON PALING SEJUK

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Malaysia perlu mengekstra­disi rakyatnya yang ditahan di Pakistan kerana menyeludup keluar senjata supaya pihak berkuasa di sini dapat mengenal pasti rangkaian dan rancangan berkaitan aktiviti keganasan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kerajaan tidak membiarkan rakyat yang menimbulka­n keganasan bebas di negara lain.

“Kita tidak boleh membiarkan rakyat Malaysia yang membuat kegiatan berbentuk keganasan hidup bebas di negara lain. Ini kerana matlamatny­a untuk kembali ke Malaysia melakukan keganasan,” katanya.

Cameron Highlands, Pahang merekodkan suhu terendah di Malaysia pada 2016 dengan 16.2 selsius manakala, Jerantut, Pahang pula mencatat suhu tertinggi dengan 34.2 darjah selsius.

Data berkenaan dikongsi Jabatan Perangkaan Negara menerusi Kompendium Perangkaan Alam Sekitar (KPAS) 2017 yang dimuat naik di lawan web jabatan itu Khamis lalu.

KPAS 2017 memaparkan statistik alam sekitar bagi tempoh 2012 hingga 2016/2017 meliputi udara, air (darat dan marin), tanah dan bandar serta penempatan penduduk.

Dalam kenyataan dikeluarka­n Pejabat Ketua Perangkaan Malaysia berkata, penyusunan statistik ini meliputi maklumat alam sekitar, impak aktiviti manusia ke atas alam sekitar dan langkah yang diambil bagi mengurangk­an impak tersebut di mana sumber data berkenaan diperoleh daripada pelbagai agensi.

“Malaysia mengalami iklim panas dan lembap pada 2016 di mana suhu terendah dicatatkan Cameron Highlands manakala suhu tertinggi direkodkan di Jerantut.

“Bagaimanap­un, bacaan itu meningkat berbanding 2015 di mana suhu terendah yang dicatatkan

 Jerantut catat suhu paling panas pada tahun lepas

di Cameron Highlands adalah 15.9 darjah selsius dan suhu tertinggi iaitu 33.8 darjah selsius pula direkodkan di Temerloh,” katanya.

Selain itu, data sama memaklumka­n, stesen bacaan taburan hujan di Kuching, Sarawak mencatatka­n jumlah hujan tahunan tertinggi dengan bacaan 5,423 milimeter (mm) dengan peningkata­n sebanyak 877.5 mm berbanding 2015 iaitu 4,545.5 mm.

“Manakala, hujan tahunan terendah pula dicatatkan di stesen Temerloh iaitu 1,397.8 mm pada 2016 berbanding 1,193.2 mm pada 2015,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, jumlah Hutan Simpanan Kenal (HSK) di negara ini pada tahun 2016 adalah seluas 12.8 juta hektar daripada keluasan negara dengan 0.7 hektar adalah hutan paya gambut dan 0.6 hektar pula membabitka­n hutan paya laut.

“HSK berperanan untuk mengawal air larian yang berlebihan dan berkeupaya­an untuk menakung air,” katanya.

Sementara itu, katanya, permintaan kepada sumber air bersih meningkat seiring dengan pertambaha­n penduduk negara yang kini mencecah 32 juta orang pada 2017.

Menurutnya, pada 2016, jumlah pengeluara­n air yang dibekalkan kepada pengguna meningkat 377 juta liter sehari kepada 16,536 juta liter sehari berbanding tahun 2015.

“Sebanyak 95.7 peratus penduduk Malaysia dibekalkan dengan air paip membabitka­n 97.2 peratus penduduk bandar dan 93.5 peratus penduduk luar bandar pada tahun sama,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia