Harian Metro

30 ditindas tauke cabut lari

-

Kuala Lumpur: Didera selain dipukul majikan menyebabka­n seramai 30 pekerja sebuah restoran di Bangsar di sini, nekad melarikan diri.

Semua mangsa yang ditindas majikan tempatan itu membuat laporan polis, selain mendapatka­n bantuan daripada Pertubuhan Kebajikan Global Keselamata­n Manusia Malaysia.

Presiden pertubuhan itu T Kalamanath­an berkata, dia menerima maklumat mengenai perkara itu selepas melihat video mangsa yang tular di Facebook sejak Khamis lalu.

“Saya turut menerima e-mel daripada sebuah organisasi yang memohon bantuan bagi membantu semua mangsa warga India itu.

“Saya dimaklumka­n bahawa pihak majikan meminta wang daripada mangsa untuk mem“Jika perbaharui permit kerja berjumlah lebih RM5,000 setiap seorang selama tiga tahun.

“Bagaimanap­un, pekerja terbabit enggan berbuat demikian. Malah mereka mendakwa tidak mempunyai surat perjanjian pekerjaan dan hanya mendapat cuti sekali dalam tempoh sebulan,” katanya.

Malah menurutnya, mangsa mendakwa turut ditindas selain dipaksa melakukan kerja lebih mangsa.

enggan akur dengan arahan diberikan, mangsa turut dipukul Malah, ada antara mangsa pernah menyuaraka­n hasrat untuk pulang ke kampung halaman namun dihalang.

“Ada juga mangsa sudah memberikan wang kepada majikan untuk membeli tiket penerbanga­n pulang namun tidak menerima tiket dijanjikan,” katanya.

Kalamanath­an berkata, pihaknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung perkara itu Jumaat lalu untuk tindakan lanjut.

“Masalah ini serius berikutan kejadian seumpama ini sudah kerap berlaku dan menjejaska­n imej negara ini,” katanya.

 ??  ?? PEKERJA menjelaska­n masalah yang dihadapi dengan majikan kepada pemberita.
PEKERJA menjelaska­n masalah yang dihadapi dengan majikan kepada pemberita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia