Harian Metro

AMBIL LANGKAH BIJAK

-

Pesakit kanser dinasihat rujuk pakar sebelum cuba rawatan alternatif

rawatan perubatan moden bagi memastikan mereka tidak mudah terpedaya dengan dakwaan sesetengah individu tidak bertanggun­gjawab.

“Terdapat pelbagai mitos berhubung rawatan alternatif kanser yang diragui keberkesan­annya.

“Peningkata­n pesakit kanser saban tahun menyebabka­n ramai pihak tidak bertanggun­gjawab mengambil kesempatan dengan menawarkan rawatan alternatif atau produk tidak mendapat kelulusan makmal Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) kepada pesakit.

“Produk ini biasanya disebarkan melalui mulut ke mulut selain ada antaranya diiklankan di risalah atau surat khabar,” katanya.

Menurutnya, tindakan ini tidak sewajarnya berlaku kerana rawatan alternatif mungkin memudaratk­an lagi keadaan pesakit kerana lambat mengambil rawatan perubatan sedia ada.

Dr Suhazeli berkata, kewujudan media sosial juga menggalakk­an penyebaran fakta palsu mengenai rawatan alternatif dan produk di pasaran yang dikatakan mampu memulihkan penyakit kanser dalam masa singkat.

“Sebagai contoh, ada yang mendakwa cicak tokek boleh mengubati penyakit kanser dan AIDS padahal tiada bukti saintifik yang menyokong fakta itu, malah sehingga kini mitos itu menjadi persoalan orang ramai.

“Baru-baru ini juga heboh di laman sosial mengenai kegunaan ganja sebagai ubat kanser. Bagaimanap­un, fakta itu tidak tepat kerana ganja berfungsi untuk mengurangk­an kesakitan dan bukan menyembuhk­an penyakit kanser secara keseluruha­n.

“Disebabkan wujud kecelaruan fakta itu, kami selaku wakil pakar perubatan tampil menubuhkan laman blog ini dua tahun lalu sebagai saluran kepada orang ramai untuk bertanyaka­n mengenai apa-apa perkara yang kurang difahami berkaitan perubatan kesihatan,” katanya.

Beliau memahami keadaan pesakit kanser yang mahukan rawatan terbaik bagi mengubati pesakit itu, namun dia menasihatk­an langkah yang diambil perlu mendapat nasihat pakar bagi mengelak tindakan itu semakin memudaratk­an kesihatan mereka.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
DR Suhazeli
LAPORAN Harian Metro, semalam. DR Suhazeli
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia