Harian Metro

Kedai jahit musnah terbakar

-

“Inilah punca pendapatan saya menyara keluarga sejak 16 tahun lalu namun kini semuanya musnah,” M Selah, 48, susulan kebakaran memusnahka­n kedai jahit miliknya di Jalan Sultan, di sini.

Mangsa berkata, kedai jahit itu sebelum ini diusahakan di Jalan Stesen sebelum berpindah ke Jalan Sultan pada Februari lalu untuk memberi laluan kerja pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE).

Katanya, kebakaran yang berlaku jam 1.10 pagi semalam hanya diketahuin­ya selepas dimaklumka­n rakan.

“Kini saya buntu kerana tiada pekerjaan lain menyara keluarga sedangkan tiga anak saya berusia sembilan hingga 17 tahun memerlukan perbelanja­an sekolah selain menyediaka­n keperluan harian.

“Suami saya (S Arumugam, 50) pula tidak boleh melakukan kerja berat selepas ditimpa kemalangan tiga tahun lalu dan kini kami tiada sebarang pendapatan untuk menyara keluarga,” katanya.

Selah berkata, akibat musibah itu, empat mesin jahit bernilai RM2,500 setiap satu rosak dan tidak boleh digunakan lagi manakala sebahagian pakaian pelanggan musnah.

Bagaimanap­un Selah mendapat berita gembira sekali gus dapat menarik nafas lega apabila ada pihak tampil membantu meringanka­n bebannya.

Ketua MIC Bahagian Kluang, G Raman berkata, pihaknya bersama-sama seorang dermawan iaitu K Rajoo bersetuju menyumbang­kan tiga mesin jahit baru bagi membolehka­n wanita itu meneruskan perusahaan.

 ??  ?? RAMAN (kiri) bersama Selah (tengah) melihat kerosakan mesin jahit di kedainya di Jalan Sultan yang musnah terbakar, semalam.
RAMAN (kiri) bersama Selah (tengah) melihat kerosakan mesin jahit di kedainya di Jalan Sultan yang musnah terbakar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia