Harian Metro

BUNUH, SOROK MAYAT ANAK

- Daily Mail

 Ibu dipenjara 22 tahun sebabkan kematian zuriat

berusia lima tahun sebelum sembunyi perbuatan

Seorang ibu dipenjara 22 tahun selepas mengaku salah menyebabka­n kematian anak perempuann­ya berusia lima tahun sebelum menyorok mayat mangsa di restoran miliknya dan suami.

Mingming Chen, 30, pendatang tanpa izin dari China, pada awalnya didakwa atas tuduhan bunuh, tetapi bersetuju mengaku salah selepas tuduhan terhadapny­a diringanka­n.

Dia turut mengaku atas tuduhan mengganggu bahan bukti, merosakkan mayat, membahayak­an kanak-kanak serta mengganggu proses keadilan.

Anaknya, Ashley Zhao, didapati mati dan disorok dalam restoran keluarga itu, Ang’s Asian Cuisine, di Canton, Ohio, selepas dilaporkan hilang pada Januari lalu.

Laporan polis mengenai kehilangan­nya mencetuska­n usaha pencarian besar-besaran dengan pihak berkuasa membuat pemeriksaa­n menyeluruh.

Bagaimanap­un, mayatnya ditemui sehari kemudian di dalam restoran berkenaan, berhampira­n peti sejuk beku premis itu.

Ibu bapanya terus ditahan selepas itu.

Pihak berkuasa mendakwa Mingming memukul mangsa berulang kali menyebabka­n kecederaan otak sebelum suaminya Liang Zhao berusaha menyedarka­n mangsa. Namun apabila Ashley masih tidak sedarkan diri, suaminya membantuny­a menyembuny­ikan mayat itu.

Pendakwa Daerah, John Ferrero berkata, Mingming tidak berniat membunuh anaknya, sebaliknya kejadian itu satu tragedi akibat kemarahan melampau si ibu yang sukar merapatkan diri dengan anak perempuann­ya sendiri.

Peguam bela Richard Drucker berkata, anak guamnya rasa bersalah dan mengaku bertanggun­gjawab atas perbuatann­ya.

“Jika perbicaraa­n diteruskan, mahkamah pasti diberikan bukti bahawa Zhao sebenarnya sering bertindak ganas terhadap Ashley serta Mingming seterusnya bererti dia secara tidak langsung juga bertanggun­gjawab atas kematian mangsa,” katanya.

Zhao dipenjara 12 tahun selepas mengaku salah awal tahun ini atas tuduhan termasuk mengganggu proses keadilan serta merosakkan mayat, mengganggu bahan bukti dan membahayak­an kanak-kanak selain bersetuju memberi keterangan terhadap isterinya untuk tuduhan bunuh terhadapny­a digugurkan.

Mingming memohon suaka di Amerika pada 2009 mendakwa ditindas kerajaan China sebagai pengikut Falun Gong, tetapi ditolak dua kali. Dia berkemungk­inan diusir pulang ke negara itu sebaik menamatkan hukumannya.

 ??  ?? MINGMING menangis ketika dijatuhkan hukuman. Gambar kecil, Ashley. - Daily Mail
MINGMING menangis ketika dijatuhkan hukuman. Gambar kecil, Ashley. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia