Harian Metro

Perangkap renjat isteri hamil

-

Florida (Amerika Syarikat): Seorang lelaki didakwa cuba merenjat isterinya yang hamil dengan memasang perangkap pada pintu masuk ke kediaman mereka.

Michael Scott Wilson, 32, ditahan di Knoxville, Tennessee, Khamis lalu, dan didakwa atas tuduhan cuba mencederak­an wanita hamil serta merompak senjata api.

Menurut polis, dia menyambung beberapa peralatan dan bahan elektrik - termasuk tiga kerusi, wayar serta pengecas bateri kereta dengan kunci pintu masuk serta tombolnya supaya sesiapa yang cuba membukanya pasti direnjat. Polis berkata, tindakan itu mampu menyebabka­n kecederaan serius, malah juga maut.

Wilson juga mencuri senjata api milik bapa mentuanya di rumah itu.

Syerif Daerah Flagler Rick Staly menyifatka­n kes itu antara kejadian keganasan rumah tangga paling pelik.

“Dia bukan saja merancang merenjat isterinya, tindakanny­a itu mungkin mencederak­an sesiapa saja yang cuba memasuki kediaman berkenaan. Mujur dia ditemui dan ditangkap sebelum menyebabka­n masalah,” katanya.

Bapa mentuanya menghubung­i polis selepas mengesyaki sesuatu tidak kena apabila Wilson membuat kenyataan pelik supaya budak tidak dibenarkan menghampir­i pintu berkenaan.

Polis yang datang memeriksa melihat kesan lecur pada pintu yang dihalang dari dalam itu, dan apabila ditendang mencetuska­n percikan api besar.

Pada masa sama, Wilson menukar status perkahwina­nnya di Facebook kepada ‘duda.’ - Daily Mail

 ??  ?? KERUSI dan wayar
digunakan untuk merenjat isteri Wilson.
- Daily Mail
KERUSI dan wayar digunakan untuk merenjat isteri Wilson. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia