Harian Metro

JEL 13,275 TAHUN

 Lelaki terbabit skim piramid terima habuan tipu 2,600 mangsa babit RM71.6j

- Agensi

Mahkamah jenayah semalam menjatuhka­n hukuman penjara 13,275 tahun terhadap seorang lelaki kerana skim piramid kendaliann­ya yang menipu kira-kira 2,600 mangsa membabitka­n kerugian 574 juta baht (RM71.6 juta).

Phudit Kittitradi­lok, 34, bagaimanap­un mungkin hanya menjalani 20 tahun penjara memandangk­an had tempoh hukuman itu ditetapkan Kanun Keseksaan Thailand bagi semua kesalahan yang membawa hukuman penjara tiga hingga 10 tahun, tidak kira berapa banyak tuduhan dikenakan terhadap seorang tertuduh.

Menurut pendakwa, dari 1 Ogos 2015 hingga 1 September 2016, Phudit, rakan subahat yang masih belum dikesan dan dua syarikatny­a - The System Plug serta Play and Innovision Holding - menganjurk­an seminar untuk menjemput orang ramai melabur dalam apa didakwa mereka perniagaan membabitka­n penjagaan kecantikan, kereta terpakai, eksport, pembanguna­n hartanah serta pertukaran asing.

Mereka menawarkan pulangan satu peratus setiap minggu untuk pelabur, selain wang pelaburan baru sebanyak lima peratus untuk mereka yang berjaya merekrut anggota baru.

Phudit ditahan pada Ogos lalu tetapi tidak dibenarkan jaminan.

Mahkamah mendapati Phudit melakukan 2,653 tuduhan menipu dan memerintah­kannya dipenjara lima tahun bagi setiap tuduhan terhadapny­a.

Selain itu, dia turut dipenjara 10 tahun kerana mengubah wang secara haram.

Syarikatny­a masing-masing didenda 664 juta baht (RM83 juta). Phudit dan syarikatny­a juga diarahkan membayar balik kira-kira 574 juta baht kepada setiap seorang daripada 2,653 mangsanya, dengan tambahan faedah tahunan 7.5 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia