Harian Metro

Rampasan hasyis RM1.3b di laut MAUT KERANA PANGGILAN PALSU

- Reuters

Sydney: Kapal perang Australia semalam merampas hasyis seberat hampir lapan tan di Laut Arab yang dianggarka­n mempunyai nilai jalanan A$415 juta (RM1.3 bilion).

HMAS Warramunga turut merampas 69 kilogram heroin dalam operasi keselamata­n maritim di kawasan berkenaan sejak tiga hari lalu.

Pegawai pemerintah­nya Dugald Clelland berkata: “Krew sudah lama bersedia untuk tugasan seperti ini dan berjaya mengerahka­n helikopter serta anak kapal untuk mengesan seterusnya menaiki tiga kapal suspek.

“Pemeriksaa­n menyeluruh menemui kuantiti besar hasyis serta heroin dipercayai untuk diedarkan di seluruh dunia. Dadah itu kini akan dimusnahka­n di laut.”

Sementara itu, Major Jeneral John Frewen, ketua pasukan tentera Australia di Asia Barat berkata, rampasan itu menyebabka­n kerugian besar untuk pengedar dadah.

“Operasi itu akan memberi kesan terhadap aliran narkotik di seluruh dunia dan penggunaan wang dadah untuk membiaya organisasi pelampau,” katanya. - AFP

Seorang pegawai polis di Kansas menembak mati lelaki tidak bersalah dan tidak bersenjata selepas seorang pemanggil palsu mendakwa mangsa membunuh bapa sendiri dan mempunyai tebusan di dalam rumahnya.

Polis berkata, lelaki berusia 28 tahun itu terbunuh ketika serbuan polis, yang menerima panggilan palsu itu pada lewat Khamis, kata Timbalan Ketua Polis Wichita Troy Livingston pada satu sidang media.

Pihak berkuasa kemudian mendapat tahu panggilan itu sebenarnya palsu, dikenali sebagai ‘swatting’ iaitu pemanggil melaporkan kecemasan palsu kepada pihak berkuasa yang memerlukan tindakan polis, lazimnya pasukan SWAT.

Susulan itu, pemain permainan video dalam talian Tyler Raj Barriss, 25, ditahan. Dia dilaporkan ada rekod melakukan ‘swatting’ sebelum ini.

“Kejadian itu tragik dan tidak patut berlaku langsung. Tindakan tidak bertanggun­gjawab seorang pemanggil palsu kononnya untuk bergurau mengancam nyawa orang.

“Kejadian itu satu mimpi ngeri untuk semua yang terbabit,” kata Livingston.

Keluarga mangsa mengenal pastinya sebagai Andrew Finch, bapa anak dua.

Dalam kejadian itu, ‘panggilan kecemasan’ dibuat pada jam 6 petang, Khamis lalu, kononnya daripada seorang lelaki yang mengaku menembak bapanya di kepala dan kini menjadikan ibu serta adik lelakinya tebusan.

Rekod panggilan diterbitka­n di portal berita menunjukka­n lelaki itu berkata: “Saya menyimbah petrol di sekitar rumah ini dan mungkin menyalakan­nya.”

Polis Wichita bertindak balas dengan menyerbu dan mengepung kediaman terbabit.

“Seorang lelaki berusia 28 tahun membuka pintu dan diarahkan polis supaya mengangkat tangan dan datang kepada mereka.

“Seorang anggota melepaskan satu das tembakan selepas lelaki itu cepat-cepat mengangkat tangannya dan disangka mengacukan senjata ke arah mereka,” katanya.

“Polis kemudian memeriksa kediaman itu tetapi tidak menemui mangsa yang mati atau cedera, atau tebusan seperti didakwa,” katanya. - Reuters

 Polis tembak mati lelaki tidak bersalah selepas seorang pemanggil palsu dakwa mangsa bunuh bapa sendiri

 ??  ?? SEORANG anak kapal menyusun dan merekodkan dadah yang dirampas. - EPA
SEORANG anak kapal menyusun dan merekodkan dadah yang dirampas. - EPA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia