Harian Metro

JALANI LATIHAN BERSAMA

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Datuk Lee Chong Wei menegaskan pemain perseorang­an profesiona­l, Zulfadli Zulkifli perlu menyertai latihan bersama skuad kebangsaan jika berhasrat mewakili Malaysia pada Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah, Februari depan yang juga pusingan kelayakan Piala Thomas 2018.

Walaupun mengakui tahap permainan bekas juara remaja dunia 2011 itu hampir sama dengan pemain kebangsaan yang lain di bawah naungan Persatuan Badminon Malaysia (BAM), namun Chong Wei merasakan tahap kecergasan Zulfadli masih belum cukup tinggi.

“Saya ada berbincang mengenai perkara ini dengan Datuk Misbun Sidek (ketua jurulatih perseorang­an lelaki). Pada pendapat saya, jika Zulfadli mahu mewakili Malaysia dalam kejohanan ini, dia perlu menyertai latihan bersama skuad kebangsaan, tetapi ia bukanlah jaminan untuk dia terus mendapat tempat sebaliknya perlu melalui proses pemilihan.

“Kita perlu berlaku adil kepada semua pemain. Kita perlu tengok sama ada dia

(gambar)

boleh atau tidak mengikuti program latihan skuad kebangsaan. Kita tidak boleh pilih pemain sembaranga­n terutama membabitka­n pemain di luar skuad kebangsaan kerana ini adalah kepentinga­n negara.

“Saya fikir BAM dan barisan jurulatih juga mengalu-alukan kedatangan Zulfadli untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. Jika dia betul-betul mahu bermain dalam Piala Thomas, dia perlu buktikan dia boleh ikut semua program latihan kita dan kita mahu tengok sejauh mana tahap dia.

“Di luar dia tidak cukup rakan sepelatih, tetapi di BAM boleh dapat semua itu,” kata Chong Wei.

Namun, Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Olimpik tiga kali, berkata dia bukan memaksa Zulfadli untuk menyertai BAM secara tetap tetapi hanya untuk persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Thomas.

Kedudukan Chong Wei dan pemain perseorang­an kedua, Lee Zii Jia yang ketika ini sudah pasti disenaraik­an dalam skuad negara dan persaingan kini terarah bagi merebut slot selaku perseorang­an ketiga dan keempat.

Zulfadli perlu bersaing dengan beberapa pemain BAM seperti Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Leong Jun Hao dan Lim Chi Wing bagi menempatka­n diri dalam skuad negara.

Berdasarka­n kedudukan ranking, Zulfadli ketika ini adalah perseorang­an ketiga terbaik negara apabila menghuni kedudukan ke-44 dunia di belakang Chong Wei (2) dan Zii Jia (42).

Bagaimanap­un, Chong Wei menjelaska­n pemilihan tidak semestinya dibuat berdasarka­n kedudukan ranking dunia kerana faktor yang paling penting adalah pemain itu mempunyai watak sebagai pejuang bagi berdepan setiap lawan yang bakal dihadapi.

“Ini adalah kejohanan

 Chong Wei mahu Zulfadli sertai BAM hanya untuk persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Thomas

berpasukan dan penting untuk kita memiliki pemain yang ada watak pejuang. Boleh berjuang demi pasukan .... saya fikir barisan jurulatih akan buat keputusan terbaik mengenai siapa yang layak disenaraik­an dalam pasukan,” kata Chong Wei yang membantu Malaysia muncul naib juara Piala Thomas 2014 di New

Delhi, India.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia