Harian Metro

2017 tahun sukar buat sukan badminton

-

celik 2017 bakal melabuhkan tirainya. Rasanya seperti sekejap saja perjalanan sepanjang tahun ini dengan arena badminton tempatan dilihat agak suram.

Tidak banyak yang mampu diperkatak­an sepanjang tahun ini kerana tiada deretan kejayaan sepertiman­a yang berlaku pada 2016.

Skop perbualan pastinya tetap terarah kepada siapa lagi kalau bukan jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee

(gambar)

Chong Wei yang melalui musim turun naik.

Jika tahun-tahun sebelumnya pemain berusia 35 tahun itu gah menguasai saingan Siri Super, tahun ini Chong Wei hanya mampu memenangi dua kejohanan saja, iaitu Seluruh England dan Terbuka Hong Kong.

Selebihnya Chong Wei gagal mempamerka­n aksi meyakinkan. Namun satu perkara yang harus kita ambil iktibar daripadany­a ialah Chong Wei tidak pernah mengenal erti putus asa. Meskipun kerap melalui kegagalan, dia bangkit di hujung tahun apabila mara ke pentas final Siri Super Akhir Dunia di Dubai sebelum tumpas kepada jaguh Denmark, Viktor Axelsen.

Dia bertarung habis-habisan sebelum tewas kepada lawan yang jauh lebih muda daripadany­a itu.

Selain itu, berlaku juga drama untuk tahun ini apabila gandingan pingat perak Sukan Olimpik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dipisahkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan alasan tiada persefaham­an lagi antara mereka.

Untuk kira-kira tiga bulan, V Shem diarahkan berganding­an bersama Teo Ee Yi sementara Wee Kiong dengan Ong Yew Sin.

Kemudian mereka berdua digandingk­an semula demi memastikan Malaysia layak ke Piala Thomas di Bangkok, Thailand, Mei depan.

Bunyinya agak kelakar, tetapi perkara ini perlu diambil iktibar baik oleh BAM mahu pun kedua-dua pemain itu. Jangan kerana alasan remeh yang sebenarnya boleh diperbaiki, keputusan yang dilakukan diluar jangkaan.

Akhirnya mereka berdua digandingk­an semula.

Apapun pujian wajar diberi kepada pemain perseorang­an lelaki negara, Leong Jun Hao yang muncul juara di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Jakarta. Jelas sekali kita tidak pernah ketandusan bakat.

Sementara itu, tidak banyak dapat diperkatak­an mengenai barisan pemain lain. Iskandar Zulkarnain Zainuddin terus terperosok dalam kedudukan ranking selepas berehat panjang berikutan kecederaan belakang.

Untuk barisan pemain wanita juga melalui tempoh yang hambar.

Yang pasti, 2018 bakal membuka tirainya dan setiap pemain negara harus meneruskan perjuangan mereka. Baik pemain lelaki mahu pun wanita, perlu ada azam baru serta sasaran baru untuk tahun depan.

Bagi saya, kejohanan paling penting adalah Piala Thomas di Bangkok.

Tapi sebelum itu, pemain negara harus mengharung­i dulu kempen kelayakan menerusi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia pada Februari di Alor Setar.

Semoga 2018 akan menyaksika­n kebangkita­n semula badminton negara. Jumpa lagi.

 ??  ?? V Shem (kanan) kembali berpasanga­n dengan Wee Kiong.
V Shem (kanan) kembali berpasanga­n dengan Wee Kiong.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia