Harian Metro

BEREGU SASAR EMAS

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

 Peng Soon yang berganding­an dengan Liu Ying

mahu pamer aksi terbaik di Gold Coast 2018

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying bukan saja sudah bersedia untuk merebut tempat bagi beraksi pada Sukan Komanwel 2018 tetapi turut memasang impian untuk memenangi pingat emas pada temasya itu yang akan berlangsun­g di Gold Coast, Australia, April depan.

Peng Soon, berkata selepas gagal merealisas­ikan impian itu dalam dua penampilan sebelum ini iaitu pada edisi 2010 di New Delhi, India dan 2014 di Glasgow, Scotland, dia merasakan ini adalah peluang terbaik untuk menebus kehampaan itu.

Di New Delhi, Peng Soon berganding­an bersama Liu Ying manakala di Glasgow dia beraksi dengan Lai Pei Jing dan berjaya meraih gangsa.

“Memang persaingan yang sengit untuk mendapat tempat bagi mewakili Malaysia bagi acara beregu campuran apatah lagi saya dan Liu Ying baru saja kembali bersama selepas berpisah sejak Mei lalu. Kami perlu cepat mendapatka­n rentak.

“Kami akan berikan aksi terbaik kami dalam dua kejohanan awal tahun depan bagi membuktika­n kepada jurulatih betapa kami layak untuk disenaraik­an. Jika dapat, saya memang meletakkan sasaran untuk memenangi emas,” kata Peng Soon.

Dengan status Peng Soon-Liu Ying sebagai pemenang perak Olimpik Rio 2016, peluang sudah pastinya tinggi untuk mereka meraih emas di Gold Coast tetapi dengan syarat mereka mampu kembali pada tahap prestasi sebenar.

Semalam, jurulatih beregu campuran negara, Pang Cheh Chang memaklumka­n tempat untuk Peng Soon-Liu Ying ke Sukan Komanwel belum terjamin biarpun sudah kembali bersama sebaliknya mereka akan dinilai dalam empat kejohanan awal tahun depan sebelum keputusan dibuat.

Peng Soon-Liu Ying kini bersaing dengan satu lagi pasangan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

“Kian Meng-Pei Jing sudah menunjukka­n peningkata­n yang cukup baik dan sudah pasti mereka juga akan bekerja keras untuk mendapat tempat. Kami akan bersaing secara sihat dan siapa yang terpilih pastinya akan buat yang terbaik untuk Malaysia,” kata Peng Soon.

 ??  ?? PENG Soon (kanan) bersama Liu Ying beraksi di Rio 2016.
PENG Soon (kanan) bersama Liu Ying beraksi di Rio 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia