Harian Metro

TSG enggan duka di Rio 2016 berulang

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketika skuad berbasikal trek melakar sejarah pada saingan Olimpik Rio 2016 apabila meraih pingat pertama negara menerusi Azizulhasn­i Awang, situasi berbeza dialami oleh pelumba lebuh raya.

Skuad Malaysia bagi acara itu gagal meraih tiket ke temasya sukan berkenaan apabila tidak dapat memenuhi syarat berada pada kedudukan ranking ketiga terbaik di peringkat Asia.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Terengganu Cycling Team (TSG), Nasiruddin Wan Idrus berkata pada ketika itu, Malaysia berada pada kedudukan ketujuh mengikut negara Asia.

Malaysia terdahulu layak ke Olimpik London bagi acara lebuh raya pada 2012 menerusi Adiq Husainie Othman dan Amir Mustapa Rusli.

“Kita terlepas tiket untuk menghantar dua pelumba ke Olimpik Rio,” katanya mengimbas kegagalan Malaysia menghantar pelumba lebuh raya ke Olimpik Rio pada tahun lalu.

Nasiruddin berkata bagi mengelak keadaan serupa berulang, pihaknya bersama Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) kini memberi tumpuan kepada

(gambar)

kelayakan ke Olimpik Tokyo 2020.

Katanya, TSG dan Team Sapura Cycling (TSC) yang kini menjadi dua pasukan profesiona­l negara perlu menyumbang sebanyak mungkin mata dalam perlumbaan Jelajah Asia.

“Menerusi perbincang­an bersama PKBM, keutamaan kami pada 2018 dan 2019 adalah untuk memastikan pelumba Malaysia tidak terlepas tiket ke Olimpik Tokyo 2020,” katanya.

“Jika terdapat penubuhan pasukan baru, kita alu-alukan kerana lebih banyak bakat baru dapat diketengah­kan di pentas antarabang­sa.

“Berdasarka­n senario semasa, saya merasakan Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya tiga pasukan profesiona­l. Matlamat utama adalah mendapatka­n tiket ke Olimpik Tokyo,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia