Harian Metro

Red E Girl B juara bola sepak Wanita 9S Terbuka Jerai

-

Alor Setar: Red E Girl B membuktika­n penguasaan apabila muncul juara Kejohanan Bolasepak Wanita 9S Terbuka Jerai yang diadakan di Padang Awam Guar Chempedak, Kedah, baru-baru ini.

Pada perlawanan akhir, Red E Girl B menewaskan pasukan JR FC dari Pulau Pinang dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Atin Surang manakala tempat ketiga pula milik bersama Red E Girl A dan Hijack FC dari Pulau Pinang. Juara membawa pulang wang tunai RM800 berserta piala dan medal sementara naib juara menerima RM500 dan tempat ketiga masing-masing menerima RM200 setiap pasukan.

Menurut penolong jurulatih Red E Girl B, Mohd Irwan Rashidi, kemenangan yang diraih adalah hasil usaha gigih dan kesungguha­n semua pihak terutama jurulatih Zulkifli Jaafar, pemain dan pihak pengurusan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terbabit dalam mencapai kemenangan ini kerana semua pasukan bertanding juga tampil dengan kehebatan tersendiri dan mampu memberi saingan sengit hingga kehujung perlawanan.

“Ini kemenangan yang manis untuk kami selepas gigih berusaha dan juga sebagai pelengkap pada penutup musim 2017 .

“Kami mahu terus mara dengan motivasi kemenangan ini sebagai persediaan skuad bola sepak Wanita Kedah menghadapi kejohanan Liga Bolasepak Rakyat Wanita (LBRW) dan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) akan datang.

“Kami juga menyasarka­n tempat terbaik pada kedua-dua kejohanan itu selepas skuad wanita kami mencapai status juara LBRW dan naib juara PTST pada tahun ini,” katanya.

Kejohanan anjuran TLJ Corporatio­n dibawah naungan Persatuan Bolasepak Yan itu disertai lapan pasukan yang turut menarik minat pasukan dari Kelantan dan Negeri Sembilan.

 ??  ?? PASUKAN Red E Girl B meraikan kejayaan selepas menjuarai Kejohanan Bola sepak Wanita 9S Terbuka Jerai.
PASUKAN Red E Girl B meraikan kejayaan selepas menjuarai Kejohanan Bola sepak Wanita 9S Terbuka Jerai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia