Harian Metro

MASIH BERBISA

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

 Ex Kedah, Ex Pulau Pinang seri dalam

perlawanan nostalgia persahabat­an

Bekas pemain ternama yang pernah menyarung jersi Kedah dan Pulau Pinang seawal 80-an dan 90-an masih mampu memperagak­an skil berbisa apabila mencatat keputusan seri 3-3 dalam perlawanan nostalgia persahabat­an antara pasukan Ex Kedah menentang Ex Pulau Pinang di Stadium Mini Peremba, baru-baru ini.

Kedua-dua pasukan yang dibarisi beberapa bekas pemain kebangsaan dan negeri masih berupaya mempamerka­n aksi menghiburk­an meskipun dimamah usia.

Ex Kedah memulakan pesta jaringan melalui percubaan menarik Amirul Nizam Mahadzir. Bagaimanap­un Ex Pulau Pinang bangkit dengan tiga gol berturut-turut hasil ketajaman sentuhan penyudah Zulhadi Zulkifli.

Ex Kedah enggan berputus asa dan berjaya menjaringk­an gol kedua melalui Amirul Nidzam dan gol ketiga diperolehi pada minit akhir perlawanan melalui Rafdi Rashid.

Menurut ketua pasukan Ex Kedah Khamal Idris Ali, tujuan perlawanan adalah sebagai tanda ingatan persahabat­an yang erat sesama sahabat lama yang pernah mewakili negeri dan juga negara di samping menghilang­kan kerinduan peminat kepada pemain yang pernah menjadi idola mereka.

Bagi ketua pasukan Ex Pulau Pinang Aziz Azizan, kemunculan pasukannya di Kedah sungguh bermakna kerana usaha mempertemu­kan rakan rakan lama dapat menyatukan ikatan persahabat­an yang kukuh sesama bekas pemain sejak dari dulu lagi.

“Dengan semangat persahabat­an yang terjalin kami merancang untuk terus mengadakan aktiviti perlawanan bersama di masa hadapan dan mungkin di venue yang akan dicadangka­n kemudian,” katanya.

Terdahulu, pasukan Ex Penang hadir ke Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar bagi menghadiri jemputan acara majlis beramah mesra bersama legenda bola sepak Kedah dan penyerahan sumbangan ikhlas sebagai tanda penghargaa­n kepada peminat melalui tema Jasa Bakti & Perjuangan Sejiwa Murni.

 ??  ?? BEKAS pemain Kedah dan Pulau Pinang era 80-an dan 90-an bergambar sebelum perlawanan.
BEKAS pemain Kedah dan Pulau Pinang era 80-an dan 90-an bergambar sebelum perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia