Harian Metro

SSP A ungguli Divisyen Tiga Liga Hoki Pahang TNB MPK

- Mohd Rafi Mamat sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Pasukan hoki wanita Sekolah Sukan Pahang (SSP) A menepati ramalan apabila muncul juara Divisyen Tiga Liga Hoki Pahang Tenaga Nasional Berhad (TNB)-Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK) selepas menewaskan Kuantan FC 2-0 di Stadium Hoki Kuantan baru-baru ini.

Kejayaan itu melayakan skuad bimbingan jurulatih Mohd Sabri Mohamad membawa pulang hadiah RM750, piala pusingan dan pingat, naib johan menerima RM500 dan pingat sementara ketiga SSP B menerima RM250 dan pingat.

Mohd Sabri berkata, pengalaman luas di peringkat negeri dan kebangsaan menjadi kelebihan kepada pasukan SSP A untuk muncul juara pada kejohanan yang menjadi penutup tirai sukan hoki musim ini.

Katanya, prestasi membanggak­an berjaya dipamerkan pemain apabila mencatat kemenangan pada semua tiga perlawanan dengan menewaskan SSP B (5-0), Kuantan FC (2-0) dan Sekolah Menengah Chini (2-0).

Menurutnya, walaupun hanya menyasarka­n untuk melangkah ke peringkat separuh akhir namun dengan kesungguha­n pemain mereka berjaya membuktika­n kejuaraan berpihak kepada pasukan.

“Secara keseluruha­n saya berpuas hati dengan persembaha­n yang dipamerkan semua pemain sejak mula saingan liga hingga ke perlawanan akhir apabila mencatat kemenangan pada setiap aksi.

“Tentangan sengit pada perlawanan dengan Kuantan FC dan Sekolah Menengah Chini mampu disekat, dua jaringan pada setiap perlawanan sudah cukup untuk membawa kejayaan,” katanya yang juga bekas pemain hoki Pahang.

Beliau berkata, kejayaan membanggak­an musim ini diharap menjadi landasan kepada pasukan SSP A untuk melangkah lebih jauh seterusnya mencatat kejuaraan pada beberapa kejohanan musim depan.

Mohd Sabri berkata, beberapa pemain SSP A musim depan akan mewakili Pahang pada beberapa kejohanan peringkat kebangsaan, pengalaman yang dimiliki mampu menghasilk­an kejayaan kepada pasukan.

“Saya yakin pasukan Pahang mampu menyerlah pada beberapa kejohanan peringkat kebangsaan musim depan walaupun terpaksa berhadapan saingan tentangan sengit pencabar,” katanya yang akan menumpukan kepada keupayaan menghasilk­an jaringan sudut penalti.

 ??  ?? PASUKAN hoki wanita SSP A menjuarai Divisyen Tiga Liga Hoki Pahang TNB MPK selepas menewaskan Kuantan FC.
PASUKAN hoki wanita SSP A menjuarai Divisyen Tiga Liga Hoki Pahang TNB MPK selepas menewaskan Kuantan FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia