Harian Metro

IDAM SERTAI KELAB EROPAH

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Soalan (S): Sejak bila anda mula bermain bola sepak dan siapa individu yang memperkena­lkan anda dengan sukan ini?

Jawapan (J): Saya mula bermain bola sepak sejak berusia lapan tahun. Individu penting yang mendidik saya untuk bermain bola sepak dengan teknik dan kemahiran yang betul ialah cikgu sekolah rendah iaitu cikgu Afendi. Dia insan penting yang membentuk saya untuk jadi pemain lebih baik.

S: Anda bermain di posisi mana dan kenapa memilih posisi itu?

J: Saya bermain di posisi tengah. Sebenarnya saya suka mencipta sesuatu seperti melukis gambar atau bangunan. Macam arkitek

Lincah, kreatif dan bijak mengatur serangan antara aset dimiliki tonggak tengah skuad bawah 15 tahun negara (B-15), Alif

bangunan, macam itu juga bermain di bahagian tengah apabila kita kena tahu macam mana mahu mencipta gerakan untuk penyerang menjaringk­an gol.

S: Bermain di posisi tengah bukan mudah. Apa perkara utama yang perlu ada untuk beraksi di posisi itu?

J: Kekuatan fizikal dan mental serta bijak mengawal bola.

 Alif tidak pernah putus asa dalam realisasi impian

S: Anda mendapat sentuhan jurulatih berpengala­man Lim Teong Kim yang pernah berada di akademi Bayern Munich. Apakah yang sering ditekankan Teong Kim kepada Daniel Abd Aziz yang bakal membarisi pasukan senior suatu hari nanti.

Mari ikuti temubual bersama bintang jaguh cilik pilihan Arena Metro minggu ini.

anda untuk menjadi seorang pemain tengah yang terbaik?

J: Beliau sering tekankan aspek disiplin, rajin berusaha, tekun dan jangan cepat putus asa serta jangan pernah selesa dengan prestasi diri sendiri.

S: Anda antara pemain yang lahir dari Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) yang berjaya menarik perhatian pencari bakat di Eropah ketika menyertai satu kejohanan di sana pada April lalu. Apa pandangan anda mengenai hal itu?

J: Saya jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk terus gigih berusaha demi mencapai cita-cita bermain di kelab Eropah suatu hari nanti.

S: Siapakah idola anda di posisi itu dan kenapa memilihnya?

J: Idola saya ialah Mesut Ozil kerana dia mempunyai kaki kiri yang bagus dan baik. Saya suka cara dia bermain terutama ketika mengelecek dan menghantar bola kepada rakan sepasukan di bahagian penyerang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia