Harian Metro

‘DAH MAKIN MENINGKAT’

- AFP

Woods hasrat beraksi dalam jadual penuh

sepanjang musim 2018

Tiger Woods menyatakan dia sudah meningkatk­an tahap permainann­ya, namun jadualnya bagi tahun depan masih belum jelas ketika dia berhasrat membuat kemunculan semula selepas pulih daripada kecederaan.

Dalam satu kenyataan menerusi laman web berkaitan pencapaian 2017 dan cabaran 2018, pemenang 14 kejuaraan utama itu berharap dapat beraksi dalam semua kejohanan termasuk Jelajah PGA Amerika Syarikat.

“Kini saya dapat rasakan sudah ada peningkata­n,” kata Woods mengenai keadaannya

(gambar)

sejak menyertai Cabaran Dunia Hero di Bahamas bulan lalu.

“Saya terus melakukan peningkata­n dan cuba untuk lebih kuat supaya dapat menangani tekanan kerja semula. Saya mahu bermain dalam jadual penuh pada 2018.

“Ia membabitka­n kejohanan berturutan.. saya tak tahu,” kata Woods. “Saya hanya perlu terus berusaha mengekalka­n kecergasan dan permainan dan lihat bagaimana hasilnya.

“Saya harap, saya tahu di mana saya akan bermain dan bila saya akan bermain - ia lebih mudah jika ada persediaan untuk itu. Tapi saya memang tidak tahu. Ini semua masih belum diketahui.”

Woods terlepas semua kejohanan pada musim 2015-16 dan cuba membuat penampilan semula pada awal 2017 namun ia terpaksa dihentikan kembali kerana kecederaan.

Pemain itu kemudianny­a menjalani satu lagi pembedahan belakang April lalu dan berehat hinggalah Cabaran Dunia Hero - acara tidak rasmi yang dianjurkan­nya bagi tujuan kebajikan.

Woods berkata, dia akhirnya dapat bermain tanpa kesakitan, menamatkan saingan di tempat kesembilan daripada 18 pemain dan mendahului pada pusingan kedua.

“Rasa seronok dapat bermain dengan baik selepas sekian lama,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia