Harian Metro

Kecederaan rencat langkah Djokovic

-

Brisbane: Andy Murray mengakhiri penantiann­ya untuk kembali ke Jelajah ATP pada Kejohanan Antarabang­sa Brisbane, selepas hampir lima bulan berehat kerana kecederaan.

Penganjur gembira dengan berita itu apabila mengetahui juara Wimbledon dua kali itu berada dalam penerbanga­n selepas ketiadaan pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal bagi kejohanan pemanas badan menjelang Terbuka Australia.

“Andy dalam perjalanan, dia akan mendarat hari ini. Dia sudah menempah gelanggang untuk sesi latihan dan tidak sabar kembali semula ke Brisbane - penampilan pertamanya sejak 2013,” kata pengarah kejohanan, Cameron Pearson menerusi akaun Twitter.

Murray yang juga bekas pemain nombor satu dunia, mengadu mengenai kecederaan pinggulnya pada kejohanan pertunjuka­n di Abu Dhabi kelmarin.

Kali terakhir pemain Scotland berusia 30 tahun itu bertanding adalah apabila tewas kepada Sam Querrey di Wimbledon dan kemudian menamatkan musimnya lebih awal selepas perlu menjalani pemulihan kecederaan­nya.

Murray mengalami kesan London: Persiapan bintang tenis Novak Djokovic bagi menghadapi Terbuka Australia bulan depan terjejas apabila dia menarik diri daripada beraksi pada kejohanan pertunjuka­n di Abu Dhabi selepas mengadu kesakitan di siku kanannya.

Juara Grand Slam 12 kali itu dinasihatk­an untuk tidak beraksi beberapa jam sebelum perlawanan.

Djokovic tidak bermain sejak terpaksa menarik diri pada suku akhir Wimbledon menentang Tomas Berdych Julai lalu selepas dipalit kecederaan siku.

“Saya benar-benar amat kecewa apabila terpaksa menarik diri daripada Kejuaraan Tenis Dunia Mubadala,” kata pemain kelahiran Serbia itu.

“Malangnya, sejak beberapa hari lalu saya mula berasa sakit di bahagian siku dan selepas beberapa hari melakukan ujian, pasukan perubatan saya menasihatk­an saya untuk tidak mengambil sebarang risiko, menarik diri daripada kejohanan dan terus melakukan terapi.

“Saya amat sedih kerana saya teruja untuk kembali bermain perlawanan rasmi. Kini saya perlu menerima situasi ini dan untuk menunggu keputusan terapi, dalam usaha untuk bermain sekali lagi dan mendapatka­n semula rentak.” - Reuters

 ??  ??
 ??  ?? DJOKOVIC tarik diri daripada kejohanan pertunjuka­n di Abu Dhabi.
DJOKOVIC tarik diri daripada kejohanan pertunjuka­n di Abu Dhabi.
 ??  ?? MURRAY rehat lima bulan sebelum ini.
MURRAY rehat lima bulan sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia