Harian Metro

KUKUH TERAJU

-

 Gol Hamsik bantu Napoli lebar jurang dengan Juventus

Gol babak pertama daripada penjaring terbanyak kelab, Marek Hamsik membantu Napoli menang 1-0 ke atas Crotone, sekali gus memastikan mereka menuju ke pertengaha­n kempen Serie A sebagai pendahulu.

Kemenangan itu yang membolehka­n Napoli meraih gelaran simbolik selaku juara musim sejuk, kini mengumpul 48 mata selepas 19 daripada 38 perlawanan, empat mata mendahului juara bertahan, Juventus.

Rekod mereka termasuk 15 kemenangan, tiga seri dan satu kekalahan.

Napoli menguasai permainan dan mencipta lebih peluang tetapi turut bergelut menahan asakan lawan yang dikendali bekas penjaga gol Itali, Walter Zenga pada babak kedua.

Hamsik meletakkan Napoli di depan pada minit ke-17 selepas bermain satu dua dengan Allan untuk menembusi benteng Crotone sebelum merembat menewaskan Alex Cordaz.

Ia gol ke-117 pemain tengah Slovakia itu untuk kelab, dua mengatasi rekod sebelumnya yang dicatat legenda Argentina, Diego Maradona.

“Penting untuk membawa pulang tiga mata,” kata Hamsik. “Tapi gelaran ini (juara musim sejuk) tidak bermakna. Kami bersedia untuk kembali ke landasan tiga tahun lalu tapi kemudian kami sedar ia tidak bermakna, kerana kami mahu berada di atas pada hujung musim.”

“Statistik tidak memberi makna,” kata pengendali Napoli, Maurizio Sarri yang pasukannya adalah satu-satunya dalam lima liga teratas Eropah yang tidak pernah ditewaskan dalam perlawanan di tempat lawan.

“Ia pencapaian yang hebat. Layak ke Liga Juara-Juara sangat penting bagi kami. Jadi dengan mempunyai 48 mata di pertengaha­n musim memberikan kami harapan,” katanya.

Dalam pada itu, Crotone pula yang kekal dalam saingan Serie A musim ini selepas mempamerka­n kebangkita­n paling bersejarah dalam liga musim lalu, terus terperosok dalam zon penyingkir­an di tangga ke-18 dengan 15 mata.

 ??  ?? JARINGAN Hamsik (tengah) bakar semangat Napoli di persada liga.
JARINGAN Hamsik (tengah) bakar semangat Napoli di persada liga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia