Harian Metro

Optimis rebut posisi utama

-

London: Jack Wilshere percaya dia semakin menghampir­i prestasi terbaiknya sebagai persediaan mengisi kesebelasa­n utama Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris buat kali kelima berturut-turut bertemu West Bromwich awal pagi esok.

Perlawanan itu akan menyaksika­n pengendali Arsenal, Arsene Wenger mengharung­i perlawanan ke-118 sebagai pengurus, mengatasi rekod dicatat Alex Ferguson bersama Manchester United sebelum ini serta menawarkan peluang buat Gunners memburu tempat dalam kelompok empat teratas.

Bagi Wilshere, ia peluang buatnya membuktika­n kemampuan sebenar selepas kakinya patah ketika menamatkan tempoh pinjaman di Bournemout­h musim lalu.

Sejak dinaikkan pangkat ke dalam kesebelasa­n utama Wenger, Wilshere tampil cemerlang dan meletakkan dirinya sebagai calon untuk menyertai England ke Piala Dunia di Russia tahun depan.

Persembaha­n terbaru pemain 25 tahun itu ketika kemenangan 3-2 ke atas Crystal Palace - kejayaan yang meletakkan Arsenal hanya satu mata di bawah kelompok empat teratas - menggamit pujian ke atas dirinya terutama hantaranny­a yang mencetus gol kedua Alexis Sanchez.

“Saya gembira dengan prestasi saya tahun lalu dan saya mungkin lebih baik sekarang,” kata Wilshere. “Saya rasa lebih baik, lebih cergas dan semakin baik dari perlawanan ke perlawanan. Saya menikmati permainan saya.”

Sementara itu, West Brom belum menang dalam 18 perlawanan Liga Perdana termasuk enam di bawah pengendali baru, Alan Pardew yang menerima tamparan hebat apabila kehilangan tonggak utama, Nacer Chadli bagi tempoh dua bulan kerana kecederaan.

Pemain Belgium itu hanya bermain tiga kali dalam aksi liga musim ini kerana kecederaan pinggul dan terpaksa dikeluarka­n hanya selepas 15 minit ketika kekalahan 1-3 di tangan Stoke City hujung minggu lalu.

“Ia sesuatu yang saya perlu fikirkan Januari ini, kerana dia seorang pemain berkualiti yang akan meninggalk­an pasukan untuk tempoh agak panjang,” kata Pardew. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia