Harian Metro

‘Kane bakal jadi legenda Spurs’

-

London: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino yakin ayam tambatanny­a, Harry Kane mampu dijulang sebagai legenda kelab Inggeris itu seperti Francesco Totti bersama AS Roma.

Kane, 24, yang mula menyertai Tottenham pada 2009, berjaya memintas rekod Alan Shearer selaku penjaring gol terbanyak semusim apabila meledak 39 gol berbanding 36 dirakamkan bekas bintang Newcastle United itu pada 1995.

Penyerang England itu turut merekod 56 gol dalam semua pertanding­an untuk meletakkan dirinya sebagai penjaring terbanyak Eropah musim ini.

“Kane mempunyai kualiti dan motivasi untuk muncul pemain terbaik dunia bersama Tottenham, seperti Francesco Totti yang setia bersama Roma hingga hujung kariernya.

“Bagi kami dan semua penyokong, Kane pemain yang menakjubka­n dan memiliki mentaliti positif serta profesiona­l,” kata Pochettino.

Kane yang menyumbang hatrik dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini dijangka tidak dapat diturunkan bagi aksi Liga Perdana Inggeris bertemu Swansea City, awal pagi Rabu depan berikutan masalah kesihatan.

Pochettino berkata, sekiranya ada pasukan lain yang berhajat mendapatka­n Kane, beliau mungkin terpaksa menolak tawaran itu selain mengakui tidak tahu berapa nilai yang harus diletakkan ke atas bintang sensasinya itu.

“Saya rasa Kane tidak mempunyai harga kerana kami mahu dia terus kekal di sini. Dia sangat bernilai buat kami dan tidak akan ada harga buatnya,” kata pengurus dari Argentina itu.

“Anda boleh bercakap atau berbincang mengenai apa saja, tapi tidak mengenai harga Kane. Tiada apa yang berubah, malah dia tetap pemain utama kami seperti tiga tahun lalu, setahun lalu, enam bulan lalu atau seminggu lalu. Dia tetap pemain utama kami,” katanya. - AFP

 ??  ?? WILSHERE (kanan) kembali
capai prestasi terbaik.
MOURINHO
WILSHERE (kanan) kembali capai prestasi terbaik. MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia