Harian Metro

BELANJA MEWAH BARU OK...

- AFP

Manchester, England

Jose Mourinho gembira dengan sokongan kewangan terhadap Manchester United, namun turut mengakui agak sukar mencabar pesaing terdekatny­a, Manchester City yang berbelanja lebih mewah berbanding mereka. Pengendali United itu mengulas lanjut mengenai komennya sebelum ini selepas Red Devils diikat 2-2 oleh Burnley Selasa lalu, yang menyaksika­n City kini mendahului saingan Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 15 mata.

Selasa lalu, Mourinho mendakwa sudah membelanja­kan £300 juta (RM1.6 billion) sepanjang 18 bulan berada di Old Trafford namun ia masih belum mencukupi untuk bersaing dengan jirannya yang berbelanja lebih £75 juta (RM409 juta) dalam tempoh sama berbanding mereka.

Mourinho difahamkan sedang cuba mempengaru­hi pemilik kelabnya untuk menyusun semula barisan pemain dengan membanding­kan kelebihan diterima

Pep Guardiola hingga berjaya mendominas­i saingan liga domestik ketika ini.

“Ia amat sukar. Adakah anda fikir kelab boleh meletakkan £600 juta (RM3.2 billion) dan membeli enam pemain dengan setiap satunya bernilai £100 juta (RM500 juta), tapi kelab tidak boleh melakukann­ya,” katanya.

“Saya tidak boleh menaruh harapan yang terlalu tinggi dan melihatkan kepada senario pasukan ketika ini, agak sukar untuk kami bersaing dengan pasukan teratas liga.

 Mourinho pujuk pemilik kelab susun semula skuad untuk cabar kejuaraan liga

“Lihat bagaimana Guardiola berjaya mengubah City. Daripada menggunaka­n penjaga gol England

(Joe Hart), mereka mendapatka­n penjaga gol lain dari Barcelona (Claudio

Bravo).

“Bukan itu saja, mereka turut menukar dua pemain yang bagus tapi sudah berusia lebih 30 tahun iaitu Pablo Zabaleta dan Aleksandr Kolarov dengan

menggantik­an tiga pemain. Seorang dari Tottenham (Kyle Walker), seorang dari Monaco (Benjamin Mendy) dan seorang lagi dari Real Madrid (Danilo).”

Malah, Mourinho turut memberi contoh kepada perubahan pasukan Paris Saint-Germain yang sanggup berbelanja besar setiap tahun bagi mengekalka­n penguasaan mereka di saingan liga Perancis.

“PSG antara contoh terbaik, yang mana mereka musim ini sanggup mengeluark­an wang yang besar untuk mendapatka­n dua penyerang terbaik dunia iaitu Neymar dan Kylian Mbappe,” katanya.

“Mereka juga mendapatka­n Angel Di Maria, Julian Draxler, Lucas Moura dan Javier Pastore. Jadi anda akan lihat bagaimana wang mampu membawa perubahan,” kata Mourinho yang pernah membimbing Inter Milan dan Chelsea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia