Harian Metro

Citizens bakal hadir di Johor?

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola didakwa berjanji akan datang ke Johor jika pasukannya muncul juara Liga Perdana Inggeris.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebook rasmi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Southern Tigers, semalam.

Kenyataan itu turut menjelaska­n kehadiran bekas pengendali kelab gergasi Sepanyol, Barcelona itu untuk berkongsi idea bola sepak bersama JDT.

“Pada 19 Oktober 2016, Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) berjumpa dengan Pep Guardiola sewaktu perlawanan Manchester City menentang Barcelona di Sepanyol.

“Pep Guardiola menghulurk­an tangan berjanji akan datang ke Johor untuk berkongsi idea dan melawat projek bola sepak Johor jika Manchester City memenangi liga.

“Untuk makluman anda, Manchester City sekarang sedang menduduki tangga teratas Liga Perdana ketika ini,” menurut kenyataan di Facebook JST.

Impian itu kemungkina­n besar menjadi kenyataan susulan Manchester City kini sedang selesa mendahului 15 mata di kedudukan teratas Liga Perdana selepas 20 perlawanan.

Malah, jika benar terjadi, ia sudah pasti memberi impak terbaik bagi juara Liga Super empat kali berturut-turut itu untuk mendapat idea daripada seorang jurulatih dikagumi di Eropah.

Sebelum ini, JDT sudah menjalin kerjasama dengan beberapa kelab Eropah termasuk Borussia Dortmund dan Valencia.

JDT kini sedang giat melakukan persiapan pramusim dan akan membuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) 2018 berdepan Kedah dalam aksi perebutan Piala Sumbangsih, 3 Februari depan.

 ??  ?? PEMAIN City didakwa akan ke Johor jika julang trofi liga.
PEMAIN City didakwa akan ke Johor jika julang trofi liga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia