Harian Metro

TAK BOLEH SIASAT LAGI

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 AFC akui larangan PSSI kepada pemain beraksi

di luar negara bukan undang-undang rasmi

Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) hanya boleh memulakan siasatan ke atas Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) jika larangan dikenakan ke atas pemain mereka untuk beraksi di luar negara dijadikan sebagai undang-undang rasmi persatuan itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul John berkata, AFC perlu meneliti undang-undang itu terlebih dulu selepas ia dilaksanak­an dan siasatan akan dijalankan jika ia melanggar peraturan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

“Bagaimanap­un, berdasarka­n apa yang dimaklumka­n, tindakan itu lebih bersifat sebagai permintaan kepada pemain Indonesia bagi memantapka­n pasukan kebangsaan mereka.

“Saya rasa terpulang kepada kehendak pemain itu sendiri untuk membuat keputusan. Buat masa ini tiada tindakan boleh diambil kerana ia masih cadangan saja.

“Kalau ia dijadikan peraturan, AFC perlu melihat dulu apa yang dimaksudka­n dalam peraturan itu dan jika didapati melanggar peraturan FIFA dan AFC, kami boleh memulakan siasatan kerana pemain bebas bermain untuk mana-mana kelab di mana-mana negara,” katanya semalam.

Sebelum ini, Ketua Umum PSSI, Edy Rahmayadi melarang pemain Indonesia menyertai pasukan negara ini kerana bimbang corak permainan tonggak skuad kebangsaan Indonesia mudah dibaca dan dikaji jurulatih skuad kebangsaan Malaysia.

Larangan itu dikeluarka­n selepas dua tonggak skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Indonesia, Evan Dimas

dan Ilham Udin Armaiyn sah menyertai Selangor musim depan dan beliau turut menyifatka­n dua pemain itu sebagai tidak patriotik serta mata duitan.

Pada masa sama, Edy juga bimbang kemungkina­n Selangor tidak akan melepaskan pemain mereka ke latihan pusat skuad kebangsaan Indonesia bagi menghadapi Sukan Asia tahun depan.

(gambar)

 ??  ??
 ??  ?? ILHAM (kiri) sudah menandatan­gani kontrak bersama Selangor.
ILHAM (kiri) sudah menandatan­gani kontrak bersama Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia