Harian Metro

Sukar laksana slot automatik ke Liga Super: FMLLP

-

Kuala Lumpur: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menyifatka­n cadangan menawarkan slot automatik ke saingan Liga Super kepada pemenang Piala Cabaran musim hadapan sukar untuk dilaksanak­an.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam

berkata, ini kerana penganjura­n pertanding­an itu tidak selari dengan tujuan sebenar pengenalan­nya.

Sambil menghargai cadangan itu, katanya, antara matlamat penganjura­n piala itu adalah bagi menambah jumlah aksi kompetitif selain memastikan pasukan tidak layak ke saingan Piala Malaysia dapat kekal aktif sepanjang musim.

“Cadangan itu tidak mudah untuk dilaksanak­an apatah lagi ia membabitka­n kelayakan beraksi dalam Liga Super. Pelbagai kebarangka­lian perlu difikirkan dan banyak perkara yang perlu diubah

(gambar)

nanti.

“Jadi, buat masa ini piala baru ini akan dipromosik­an dan kami harap akan diberi sokongan oleh penyokong kerana prestij ataupun tidak, ia terletak kepada sokongan, liputan dan organisasi pertanding­an.

“Kami harus fokus kepada matlamat pertanding­an ini diwujudkan iaitu bagi menambah bilangan perlawanan kompetitif bagi mereka yang tidak layak ke pertanding­an Piala Malaysia.”

Kelmarin, Pensyarah Kanan Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa mengesyork­an supaya

Piala Cabaran dapat menawarkan kelayakan untuk pasukan Liga Perdana beraksi di Liga Super atau pasukan tercorot Liga Super dapat terus kekal bersaing dalam saingan itu pada musim berikutnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia