Harian Metro

Fadhli enggan terlalu selesa

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

Johor Bahru: Tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fadhli Shas enggan terlalu selesa dengan kejayaan pasukan itu merangkul kejuaraan Liga Super empat musim berturut-turut selain muncul juara Piala Malaysia musim ini.

Sebaliknya bekas pemain Harimau Muda itu menegaskan saingan musim 2018 tampak lebih mencabar ketika beberapa pasukan memperkuat­kan barisan pemain dan membawa masuk pemain import berkualiti.

Katanya, apabila saingan musim baru bermula sudah tentu cabaran lebih getir dan sebagai pemain seharusnya perlu lebih mantap bukan saja dari segi fikizal dan tahap kecergasan malah ia membabitka­n kekuatan mental.

“Sebagai juara bertahan, objektif tetap sama untuk mempertaha­nkan kejuaraan liga dan seperti yang sudah diumumkan oleh Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC), juara liga musim 2018 secara automatik layak ke saingan kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Berita itu pasti menyemarak­kan lagi semangat kami untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi menempatka­n JDT dalam saingan kelab Asia. Tapi kami harus berwaspada dengan ancaman pasukan lain yang mengimpika­n slot berkenaan.

“Dengan kehadiran beberapa muka baharu, saya lihat JDT lebih mantap malah saya amat teruja apabila Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz kembali berganding­an di posisi serangan,” katanya.

Fadhli yang pernah beraksi selama tiga bulan bersama kelab Zlate Moravce di Slovakia apabila dipinjamka­n pada 2011 oleh skuad Harimau Muda, mengakui kecederaan yang dialami pada musim 2017 menyebabka­nnya bertekad menebus kehampaan lalu.

 ?? FOTO: NIK ABDULLAH NIK OMAR ?? FADHLI (kiri) mahu bantu JDT pertahan kejuaraan musim depan.
FOTO: NIK ABDULLAH NIK OMAR FADHLI (kiri) mahu bantu JDT pertahan kejuaraan musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia