Harian Metro

Rancak susun strategi

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Kanvas seni 2017 pelakon dan pengacara Dayana Roza tercalar berikutan terpalit kontrovers­i.

Namun begitu, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat gadis ini dalam merencana masa depan kariernya.

Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin ketika ditemui pada sesi fotografi diatur Selebriti Metro Ahad berkata, apa yang berlaku biarlah berlalu.

“Saya tidak mahu lagi mengenang apa yang sudah terjadi. Sempena menyambut tahun baru, ada sasaran lebih penting mahu saya kejar.

“Saya mahu gapai impian berjaya dalam karier seni dan perniagaan. Selain berlakon, saya minat berniaga,” katanya.

Menurut Dayana lagi, dia kini rancak menyusun perancanga­n dan strategi bagi memastikan perniagaan yang diusahakan berjaya.

“Apa perniagaan itu, saya tidak boleh uar-uarkan lagi kerana belum tahu menjadi atau sebaliknya.

“Pengalaman pernah gagal ketika mengusahak­an produk pewangi rambut pada tahun lalu buat saya lebih berhati-hati. InsyaAllah sampai masanya saya akan berkongsi dengan rakan media dan peminat,” katanya.

Menyedari tidak mudah meraih kejayaan dalam bidan yang diceburi itu, Dayana berkata, dia bersedia berdepan dengan apa juga kemungkina­n.

“Banyak saya belajar daripada kegagalan lalu. Antaranya, dulu mungkin saya terlalu percayakan rakan kongsi. Kini, saya selesa bergerak sendiri dan akan melipat gandakan usaha.

“Untung rugi perkara biasa dalam dunia perniagaan dan saya sudah bersedia sepenuhnya,” katanya.

Tambah Dayana, paling utama adalah dia perlu menambah ilmu dan memahami selok-belok dunia perniagaan.

“Saya akan pastikan tidak terburu-buru. Kena rancang dan kaji semua aspek. Mudah-mudahan kali ini berjaya,” katanya.

Dayana juga menzahirka­n rasa syukur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia