Harian Metro

Dugaan buat Iqram DINZLY

-

Penghujung 2017 ini, pelakon Iqram Dinzly, 36, mengejutka­n ramai dengan perangai peliknya yang dikongsi secara live di laman sosial Instagramn­ya.

Ia begitu cepat mendapat perhatian daripada netizen dengan pelbagai kecaman dan kata hinaan. Namun, semua itu seolah-olah satu galakan untuk Iqram terus muncul live dengan pelbagai kata caci maki juga.

Perhatian besar juga diberikan media kepada Iqram atas aksi pelik, lucah dan ada kala boleh disifatkan gila daripada Iqram ini.

Orang ramai suka dan kita berikan mereka cerita demi cerita. Rakan-rakan artis juga ramai yang berkongsi pandangan mereka mengenai apa yang berlaku kepada Iqram.

Pakar motivasi juga tampil memberi kenyataan dan mengatakan pelakon itu memerlukan bantuan untuk kembali menjalani kehidupan normal.

Malah, mufti juga tampil ingin membantu dan kata Iqran, dia cukup terharu tetapi malangnya Iqram mahu mufti yang datang berjumpa dengannya.

Iqram atau Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin dilahirkan pada 29 September 1981 dan keluargany­a tinggal di Ipoh, Perak.

Lulusan Seni Persembaha­n dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Iqram mula berlakon pada 2005 dan dikenali melalui drama Jelatang kemudian berlakon filem KL Drift.

Selain berlakon, Iqram juga ada bakat sebagai penari dan aktif dengan persatuan penari ketika belajar dulu.

Tahun ini tidak banyak hasil lakonannya disiarkan di televisyen, hanya ada 200 KM Ke Al-Haram, manakala filem pula yang terakhir ilah Apocalips dan Lagenda Budak Setan 3: Kasyah.

Pada 10 Oktober lalu, bapanya, Muhammad Saipuddin Datuk Seri Ahmad Said meninggal dunia dan kini Iqram, anak ketiga daripada empat beradik tinggal bersama ibunya.

Datuk Iqram, Datuk Seri Ahmad Said adalah bekas Menteri Besar Perak keempat dan keluarga Iqram begitu dikenali di Ipoh.

Putaran roda kehidupan seseorang ada masa di atas dan ada kala di bawah.

Jika dulu banyak masanya diisi di lokasi penggambar­an, tapi kini dengan banyak masa terluang, Iqram mengisinya dengan melakukan pelbagai aksi live di media sosial. Iqram mengakui tiada apa yang pelik dengan paparannya itu kerana dia menjukkan aksinya sebagai insan seni baik sebagai pelakon dan juga penari.

Sekarang macam-macam ‘kegilaan’ dipaparkan orang di laman sosial untuk mengisi waktu terluang. Ia juga satu cara untuk mendapatka­n perhatian.

Jika sibuk dengan kerja dan pelbagai aktiviti dengan orang sekeliling, tentunya agak membataska­n berkongsi kegilaan itu dengan umum.

Apabila mendapat reaksi dan pelbagai kejian dan kata-kata cacian, ia seolah-olah memberi galakan kepadanya untuk menunjukka­n kegilaan demi kegilaan lagi.

Harap netizen semua lebih bijak dengan memberi komen lebih cerdik bukannya kata-kata caci maki.

Makin banyak perhatian, makin galak seseorang itu paparkan kegilaanny­a.

Kegilaan dalam kalangan insan seni bukan baru kerana populariti, perhatian dan mempunyai ribuan peminat, satu masa dan ketika semua itu akan berubah. Ketika itu bergantung kepada bagaimana seseorang anak seni menghadapi keadaan itu.

Jadikan apa yang berlaku kepada orang lain sebagai pengajaran dan iktibar untuk diri sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia