Harian Metro

Pengarah drama ‘bajet’ bagus

-

Bukan main geram teman Cik Pang dengan seorang pengarah muda yang dikatakan ‘bajet’ bagus, tidak pandai berterima kasih dan suka mengambil nama atas usaha orang lain.

Kata teman itu, drama arahan pengarah itu, baru saja tamat dan sering tular di laman sosial.

Setiap kali tular, si pengarah akan berkongsi kegembiraa­n dan rasa bangganya terhadap karya sendiri.

Tetapi dalam setiap perkongsia­n di laman sosial itu, tidak ada satu pun ucapan terima kasih kepada tenaga produksi yang bertungkus-lumus menghasilk­an drama itu.

Bukan itu saja, teman Cik Pang turut mengeluh dengan sikap si pengarah yang ‘bodoh sombong’ dan lakon layarnya yang lemah.

Katanya, si pengarah seolah-olah tidak tahu apa yang dimahukan untuk ‘call shot’. Dia juga teragak-agak untuk ‘lock’ babak yang sepatutnya sehinggaka­n banyak visual dibazirkan begitu sahaja.

Malah, si pengarah dikatakan menipu penerbit dengan mendakwa pengarah fotografi (DOP) ialah seorang profesiona­l padahal kru itu kurang pengalaman dan kerja sambil lewa.

Apabila ditegur produser, pengarah ini buat endah tak endah sahaja.

Ikutkan banyak lagi perkara diluahkan teman Cik Pang mengenai sikap pengarah ini.

Nak cakap lebih-lebih pun Cik Pang belum berkesempa­tan menonton drama itu.

Apapun, diharap pengarah ini dan sesiapa sahaja yang terbabit dalam produksi TV atau filem, belajarlah bersikap terbuka dan terima teguran.

Paling penting, belajarlah berterima kasih dan kenang jasa kru yang turut bertungkus-lumus menyiapkan sesebuah karya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia