Harian Metro

Perang mulut perkara biasa

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Sebagai kumpulan muzik yang mula mendapat perhatian, waktu relaks kumpulan Xpose lebih banyak dihabiskan di studio latihan disediakan pihak syarikat rakaman.

Aktiviti itulah diluangkan bersama SELEBRITI Metro Ahad bagi mengisi ruangan Rias dan Relaks minggu ini.

Hampir dua jam meluangkan masa bersama, Xpose dianggotai Furhan selaku vokalis, Eppy (bass), Zaim (keyboard), Taqim (dram) dan Fakhrul (gitar) berasal dari Melaka ini sering berkumpul di Kuala Lumpur untuk aktiviti bersama.

“Kami memang jarang berjumpa andai berada di Melaka tapi di Kuala Lumpur berbeza sebab kami tinggal di rumah yang sudah disediakan.

“Apabila bertemu, kami akan berbincang mengenai lagu, ‘jamming’, terutama apabila ada persembaha­n dalam masa terdekat. Dalam seminggu, ada kala langsung tidak berjumpa,” kata Eppy.

Jika persembaha­n pentas semakin dekat, biasanya emosi antara mereka berbeza di dalam studio.

Kata Eppy, berperang mulut dan bertekak adalah perkara biasa kerana semua mahukan susunan muzik terbaik.

Katanya, sehinggaka­n orang luar yang tidak mengenali Xpose akan beranggapa­n pergaduhan sedang berlaku sesama mereka.

Jika persembaha­n itu pada Ahad, mereka akan mula berbincang mengenai susunan muzik pada Rabu dan biasanya mengambil masa sehari suntuk.

Xpose akui, ada kala mereka berjaga semalaman atau hanya tidur di studio saja jika terlalu penat.

“Walaupun bergaduh bagai nak rak, selepas dapat susunan muzik yang sudah dipersetuj­ui semua, kami akan berbaik semula. Suasana tegang hanya di dalam studio, tidak dibawa sampai ke luar,” kata Eppy.

Rakan-rakan Xpose lain mengakui dalam kumpulan mereka, Eppy ketua yang sangat tegas. Manakala Taqim disifatkan seorang yang suka membangkan­g.

Namun begitu, anggota yang sensitif dan ‘kuat merajuk’ ialah vokalisnya, Furhan.

Wajah Furhan merah padam menahan malu dan kemudian ketawa saat disifatkan begitu oleh rakan-rakannya mengakui mungkin usianya lebih muda berbanding yang lain.

“Mungkin sebab saya paling muda, maka agak sensitif. Saya hormat rakan-rakan lain yang lebih berusia,” kata Furhan.

Selain berkumpul di studio dan berlatih menghasilk­an lagu, mereka juga suka lepak di pusat belibelah seperti di Lot 10.

Eppy akui sukar meluangkan masa bersama kerana terikat dengan komitmen masing-masing.

 ??  ?? XPOSE band yang kian kukuh dalam industri muzik
tempatan.
XPOSE band yang kian kukuh dalam industri muzik tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia