Harian Metro

Selamat datang 2018

-

Lupakan kenangan pahit 2017, mulakan hidup baru dalam suasana ceria, selamat dan bersatu

Adik tidak akan berjaya serta diingati.

Jasa dan pengorbana­n mereka untuk melihat Adik berjaya sebagai pelaku seni tidak dapat Adik balas. Adik harap ukhwah yang dibina akan terus berkekalan dan menjadi motivasi kepada insan lain. Teruskan bersikap positif dan sentiasa menyayangi antara satu sama lain.

Adik harap tahun 2017 yang bakal kita tinggalkan menjadi tahun yang bermakna dan sesuatu yang istimewa buat Adik dan semua.

Terima kasih kepada keluarga, keluarga besar saya iaitu AJscreamer, A Team, Paranormal dan semua yang secara langsung dan tidak langsung mengharung­i liku-liku kehidupan sepanjang 2017 bersama Adik.

Perancanga­n tahun hadapan, Adik akan siapkan beberapa buah lagu dan masih dalam proses menyiapkan album mini istimewa buat peminat

Adik dan banyak lagi perancanga­n dalam karier nyanyian.

Bukan mudah nak siapkan album mini ini dan memakan masa yang lama sedikit sebab Adik nak pastikan buah tangan ini berkualiti.

Dari segi lakonan pula, Adik masih mencari naskhah yang baik untuk Adik lakonkan. Maklumlah, penonton sekarang dah bijak menilai dan harapan mereka semakin tinggi untuk melihat karya yang berkualiti. InsyaAllah, Adik akan pilih dan buat yang terbaik untuk tontonan semua.

Tak perlu drama dalam drama kan? Yass! Hihi!

Esok seluruh dunia bakal menyambut tahun baru. Kepada yang menanam azam pada awal tahun lalu, sebahagian­nya mungkin sudah dapat menuai hasil.

Tetapi berdasarka­n kepada pengalaman yang lepas-lepas, kebanyakan hanya mampu ‘berazam’ untuk beberapa bulan pertama saja, selebihnya sudah dilupakan.

Bagaimanap­un, apa kata tahun ini kita tanam azam dan realisasik­annya. Azam Adik tahun depan mahu menjadi manusia yang lebih baik, sentiasa berfikiran positif dan bersemanga­t dari tahun ini walaupun menempuh onak duri.

Apa yang berlaku, biarlah ia menjadi sejarah dalam hidup. Adik juga nak buang dan jauhkan diri daripada golongan bersifat negatif kerana ia akan meranapkan impian Adik untuk terus menghiburk­an peminat tercinta.

Adik doakan semoga ada sinar yang lebih gemerlapan untuk kita sepanjang tahun depan. Selamat menyambut tahun baru 2018!

Lupakan segala kenangan pahit 2017, mari kita mulakan hidup baru dalam suasana yang cukup ceria, selamat dan bersatu. I love you all! #2018IsComi­ng

 ??  ?? BERSAMA ahli
AJscreamer.
BERSAMA ahli AJscreamer.
 ??  ?? ANTARA peminat yang menyokong filem Pinjamkan Hatiku.
ANTARA peminat yang menyokong filem Pinjamkan Hatiku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia