Harian Metro

Segak dalam gaya separa formal

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Apabila menghadiri majlis yang tidak tentu temanya atau penganjur meletakkan syarat pakaian kemas dan glamor, kebanyakan selebriti lelaki akan berasa keliru.

Tidak kurang ada yang tidak mahu bergaya lebih dan hanya memadankan pakaian yang tersedia dalam gerobok seperti persalinan harian.

Paling mudah mereka memilih jean hitam dan jaket.

Bagaimanap­un sebenarnya, bagi memenuhi kehendak penganjur yang mahukan tetamu berpakaian kemas dan glamor, selebriti lelaki boleh saja memilih blazer yang dipadankan dengan kemeja warna asas hitam atau putih.

Bermain dengan warna juga idea bijak jika mahu tampil lebih glamor seperti yang dilakukan Fezrul Khan apabila segak dengan sut rona merah hati.

Bagi memperliha­tkan penampilan­nya tidak terlalu formal, dia mengayakan sut bersama kemeja T potongan leher V dan kasut sukan. Begitupun penampilan­nya cukup menyerlah.

Gaya sama turut ditampilka­n Fikhree Bakar, yang membuktika­n lelaki tidak hilang kejantanan­nya menggayaka­n blazer rona merah jambu. Beg genggam melengkapk­an gaya.

Hitam menjadi warna penyelamat apabila menerima jemputan menghadiri majlis yang tidak mempunyai tema khusus seperti yang digayakan Fimie Don.

Pakaian semi formal itu digayakan dengan kemeja putih potongan

Nehru. Penampilan Fimie membuatkan dia nampak dewasa dan matang sesuai usia.

Sementara itu, peragawan terkenal dan kini bergelar pelakon, Ahya Rosli pula memilih mengayakan sut hitam sepenuhnya. Berpengala­man dalam dunia fesyen menjadi kelebihan untuk dia nampak lebih menonjol.

Jaket kulit juga antara pilihan bijak dalam menata gaya kemas dan glamor seperti mana ditampilka­n penyanyi dan pelakon

Nick Jonas. Memilih warna kelabu, penampilan­nya dilihat bersahaja dan tidak terlalu ranggi.

 ??  ?? AHYA Rosli
AHYA Rosli
 ??  ?? FEZRUL Khan
FEZRUL Khan
 ??  ?? FIKHREE Bakar
FIKHREE Bakar
 ??  ?? NICK Jonas
NICK Jonas
 ??  ?? FIMIE Don
FIMIE Don

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia